Rasanya tentu molek untuk saya mulakan dengan ucapan salam. Saya sekadar ingin menggunakan ruang yang ada untuk berinteraksi secara sihat dengan dunia di luar tempat kerja dan ahli keluarga. Semoga ruang ini membolehkan saya untuk turut mencatatkan segala apa juga yang terjadi di dalam masyarakat dan alam sekeliling kita.
Harap-harap ada yang sudi kongsi membaca, memberi pendapat dan pandangan di blog saya ini. Mungkin saya lebih selesa dengan bahasa ibunda. Tetapi saya juga mampu berinteraksi dengan agak baik dalam bahasa Inggeris, iaitu bahasa utama antarabangsa.