Thursday, December 30, 2010

CONGRATULATIONS TO OUR MALAYSIAN TEAM

Although I am extremely busy, I feel the urge to make an entry on our Malaysian soccer team win.  It is a commendable effort.

CONGRATULATIONS!

It is Malaysian first win in this AFF Suzuki Cup.  With the controversy of laser beams in the first leg at Kuala Lumpur, our Malaysian team could hold their forte at Bung Karno Stadium, Indonesia by losing only marginally there and pulled an aggregate win of 4 -2.

Hopefully, this win is a positive signal.  I am sure with no political intervention, our Malaysian soccer could only progress further.

Monday, December 27, 2010

PERMATA JADE

Dulu saya pernah cerita tentang ada kalien datang untuk mencagarkan barang kemas yang termasuk permata jed. Semalam beliau datang lagi untuk bertanya kemungkinan ada pelanggan bank yang sedang mencari permata jed untuk dibeli.


Rupa permata jednya adalah seperti gambar di atas. Jed berkenaan adalah sebuah ukiran berbentuk katak. Harga yang diminta ialah RM 300,000.

Klien berkenaan amat memerlukan wang yang banyak untuk memperkukuhkan perniagaan yang sekarang bermasaalah. Jadi saya ingat elok juga saya paparkan saja di sini. Jika ada yang berminat, silakan e-mail saya ya.

Nak cakapkan lebih jauh lagi tentang jed ni tak berani la pulak. Setahu saya, di kalangan orang Cina terutamanya, jed ini adalah simbol keceriaan, keharmonian, kesihatan yang baik, tuah dan juga untuk menjauhkan dari sial dan gangguan hantu puaka. Bagi kita ianya hanyalah permata yang amat mahal.

Sunday, December 19, 2010

JANGAN HUJAN BATU MENJADI GEMPA

Malaysia adalah salah sebuah negara yang amat bertuah kerana tidak berada di dalam zon bencana alam.   Namun satu ketika beberapa tahun lepas kita dikejutkan dengan tepias keganasan tsunami yang melanda.

Rakyat yang terlibat secara langsung masih terasa badi berkenaan.  Seluruh rakyat juga ikut seram dengan hanya subutan 'tsunami' itu sendiri.

Sekarang gejala bencana yang lebih berat sedang mengancam kesejahteraan rakyat jelata.  Terlalu banyak gelombang perkauman dimainkan sana-sini.

Isu ini adalah isu amat sensitif.  Rakyat sudah boleh gel dengan hidup beiringan secara harmonis dan saling menghormati.  Tetapi kumpulan tertentu dan orang tertentu masih mahu memain ular dan menjadi petualang yang meracuni fikiran ramai.

Saya dan ramai lagi rakyat yang cintakan keamanan tidak mahu perkara itu terus menjadi onak.  Jangan musnahkan kebahagiaan ramai kerana cita-cita peribadi dan matlamat yang songsang.

Bak kata orang kalau hujan batu sekalipun, kita masih mahu berada di tanah air sendiri.  Kita cintakan negara Malaysia dan saudara Malaysia kita.

Ingatlah, jangan sampai hujan batu menjadi bencana ribut taufan dan gempa batu yang mengganas.  Kita tidak mahu malapetaka ala gempa taufan batu menimpa Malaysia.

GEMPA TAUFAN BATU

Majoriti rakyat jelas tidak mahu malapetaka menimpa kita semua. Nanti negara kita akan musnah, rakyat pula akan turut menjadi korban dan keharmonian yang sudah terbina baik juga akan punah.

Monday, December 06, 2010

MAAL HIJRAH 1432

Besok kita akan menyambut tahun baru Hijrah.   Jadi saya ingin menyambut tahun baru ini dengan mengucapkan Salam Maal Hijrah 1432 untuk semua.

Elok juga kita sama-sama memanjat doa memohon ampun di atas semua dosa dan kesalahan kita kepada Allah SWT.  Disamping itu elok juga kita memohon restu dan rahmat supaya hayat yang masih ada adalah yang terbaik.

Semoga kita sekelian mendapat keampunan dan terus diberkati.  AMIN.

Monday, November 29, 2010

UPDATE DENGAN TAZKIRAH

Hampir dua minggu, jadual kerja dan peribadi amat padat sekali.  Selama itu juga tak update blog.  Bila nak tulis saja, dah letih & ngantuk sangat.  Jadi sekadar jengah blog favoret saja ler sekali sekala!

Ini kita orang sekeluarga baru saja sampai rumah.  Terpaksa pergi menghadiri majlis perkahwinan anak buah di utara Perak sana, dekat Selama.  Kira-kira dah hampir dengan sempadan Penang.  Letih betul rasa badan.

Namun begitu, kuat pula semangat nak update blog juga sebelum tidur.  Jadi digagahi jugalah.

Sebagai renungan untuk kita bersama, saya turunkan sebuah Hadis Nabi.  Maksudnya adalah seperti berikut:
"Barangsiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dicegah dengan kuasa, Jika tiada kuasa cegahlah dengan lisan, jika tidak berkuasa dengan lisan bencilah dalam hati....itu adalah selemah-lemah iman."

Sunday, November 14, 2010

WHAT THEY REALLY MEAN

People do not always mean what they say.  This is very particularly true with our political leaders.  They say quite the opposite of what they really mean.

Today I heard a Minister saying, "Tomorrow first thing in the morning" to a group of eager listeners who surrounded him.  Later I found out from this group that he had been promising to take action for quite sometime already.  Whenever, they met him, his answer was almost similar.

A friend of mine joked about the whole thing.  He commented that these political leaders always do not mean what they say.  Then he quoted some interesting jokes.  He said when the remark was as such, they really mean that nothing has got done yet ... at least not 'tomorrow' again and again.

Another interesting joke is this rather popular quote often made now.  When they say, "There was a slight miscommunication" what they actually mean is that they had actually lied.

So when they tell us, "We are on the right track but there need to be a slight extension of the deadline, .. or we need the rakyat's feedback" they must mean that they had screwed up!

Wednesday, November 10, 2010

MENINJAU SAGA POLITIK

Pada ketika rakyat di utara kalut dengan musibah banjir besar dan terburuk, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kalut dengan saga politik mereka.

Saya bukan anggota mana-mana parti politik, dan tidak teruja dengan kedudukan dan kekayaan melalui sumber kepartian ini.  Tetapi saya jadi tertarik pula dengan PKR saga ini.  Walaupun tak minat, tapi ikut meninjau juga!  Agaknya kerana perkara ini dicanangkan dengan kuat dan meluas oleh media perdana.

Saya tahu krisis pucuk pimpinan berlaku dalam parti pemerintah sekalipun.  Cuma tidak dihebuh dan gembar-gemburkan!

Umpamanya Dato' Zaid Ibrahim pernah keluar UMNO dan mencabar Dato' Seri Najib dan pucuk pimpinan UMNO.  Tapi selain dari kokokan sementara barisan parti pembangkang, semuanya terus reda begitu saja.  Namun apabila beliau menarik diri dari pemilihan parti dan meletakkan semua jawatan parti dalam PKR ini, riuh betul bunyinya.

Memang ini saga politik di Malaysia nampaknya.

Sunday, November 07, 2010

BALIK KAMPUNG

Mula kita orang sekeluarga merancang nak pergi ke Hutan Taman Negara.  Tetapi apabila mendengar musim hujan sudah pun bermula, takut pula terjerat di sana.

Lama-lama buat keputusan balik ke kampung Podeh.  Sekali ini, isteri saya kata kita betul-betul  ziarah sanak saudara.  Semasa nak balik kita hanya boleh mengharap agar ramai saudara ada di kampung.

Alhamdulillah, seronok betul kepulangan hujung minggu ini.  Secara spontan, semua setuju buat kenduri gotong royong dan makan besar ramai-ramai.  Suasana kekeluargaan yang harmonis dan riang tawa semuanya sangat menyeronokkan.

Wednesday, November 03, 2010

LARANGAN MENYOMBONG DIRI

Saya amat tertarik dengan rencana agama menarik yang bertajuk "Larangan Menyombong Diri" dan ingin paparkan semula rencana berkenaan seperti mana disiarkan oleh akhbar.  Semoga mereka yang tak berkesempatan membacanya dapat memanafaatkan paparan dan perkongsian ini.
 
Larangan Menyombong Diri

Hadith:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim

Huraian :

1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Saturday, October 30, 2010

'THE AMAZING RACE ASIA 4'

Program 'The Amazing Race Asia' musim keempat telah bermula beberapa minggu lalu.  Seronok juga melihat peserta Malaysia masih merupakan antara pencabar terbaik dan berkaliber.

Ingatkan kedua-dua pasukan dari Malaysia mampu bertahan hingga ke episod dan perlumbaan akhir sekurang-kurangnya.  Tapi dalam episod semalam pasukan pasangan Malaysia yang terdiri dari suami isteri dari Sarawak sudah pun tersingkir.  Malang sungguh kerana walaupun suami merupakan pencabar baik, si isteri pula fobia ketinggian dan tidak cukup lasak.

Di dalam episod sama semalam, pasukan Malaysia yang satu lagi pun adalah antara peserta akhir sampai ke garaisan penamat tugasan .  Mereka tersasar dan  itu telah menjejaskan kedudukan mereka.

Harap-harap mereka mengambil ikhtibar dan memperbaiki kelemahan mereka.  Seperti kebanyakan rakyat lainnya, saya ingin melihat mereka sampai ke garisan penamat pelumbaan keseluruhannya sebagai pemenang pertama dan juara.

Wednesday, October 27, 2010

LETIH DENGAN INTERNET!

Ingatkan minggu ni dah ada masa terluang, boleh la lepak sikit kat laman.  Tapi sebaliknya pula yang terjadi.  Ada masaalah IT ni!

Sebenarnya saya tak berapa tahu dan tak berapa faham sangat.  Tapi memang letih dengan internet yang asyik-asyik hilang dan terus terputus.  Sejak semalam lagi perkara ini berlaku.  Macam-macam hal la.

Hari ini, sekarang ni, dah dua tiga kali jadi.  So cepat-cepat buat N3 ini dulu untuk beritahu.  Harap-harap masaalah ini segera berlalu.

Tadi sempatlah baca tentang dua tiga rakan blogger yang ada masaalah juga.  Agaknya 'support system' tengah bermasaalah kot!

Sunday, October 24, 2010

TAK SAMPAI SERU

Lima hari lepas saya amat sibuk pula.  Tetiba saja saya dimestikan mengikuti kursus singkat.  Ini gara-gara nak menghabiskan peruntukan yang masih berbaki.  Nampak gaya ikut seperti gomen jugak!  Hehe.

Letih juga badan dibuatnya kerana sekali ini kursus meliputi agenda latihan jasmani di waktu pagi.  Habis sakit-sakit kaki dan belakang.

Balik semalam isteri memberitahu bahawa tempat untuk ke Beijing yang kita orang ingin turut serta itu sudah pun penuh.  Kecewa juga tapi memang sudah tak ada rezeki.

Apa tidaknya sebelum pergi kursus, saya sudah menghitung hari kerana kebetulan ada jadual yang pergi meliputi hari minggu.  Jadi kira-kira sesuai la sebab kira cukup saja dengan cuti yang masih ada.

Tetapi sekarang sudah penuh pula.  Kira-kira memang belum sampai seru lagi untuk ke Beijing tu.

Tuesday, October 19, 2010

KEHABISAN CUTI

Hari ini baru sedar rupanya cuti tahunan hanya tinggal empat hari saja lagi.  Tak pernah lagi cuti tahunan sampai ke tahap ini.

Setiap tahun biasanya di bulan Disember kalut nak menghabiskan cuti yang masih tinggal dan biasanya memang ada berlebihan hari yang tidak digunakan.  Bukan kerana tidak mahu menghabiskan.  Tetapi kerana kerja di hujung tahun berlambak-lambak.  Di minggu akhir hanya cuti kecemasan saja yang diluluskan.

Semalam isteri mengajak ikut kawan melancung ke Beijing selama lima hari pada awal pertengahan Disember nanti.  Jadi hari ini nak kemukakan permohonan cutilah.  Nampaknya tak boleh bercuti ke mana-mana lagi tahun ini sebab sudah kehabisan cuti.

Friday, October 15, 2010

MAKAN TALAM PISANG KAK G

Alangkah senangnya rasa hati
Hari ini sampai hajat ku ini
Dapat makan talam pisang Kak G
Terbukti sedap sekali!

Memang betul-betul sedap.  Cuma pisang tu ada sedikit rasa kelat sebab kata isteri pisangnya belum cukup masak ranum lagi.  Tapi namun begitu, masih tetap terasa ummmphnya.

Sebenarnya tulis N3 ini kira nak pujuk Kak G supaya bagi resipi pengat pisang seperti yang beliau buat  tu.  Hehehe.

Tuesday, October 12, 2010

CARI ALASAN!

Peristiwa seperti ini sudah berlaku berulang-ulang kali.  Bas ekspress terlibat didalam kemalangan ngeri seperti yang berlaku pada malam Ahad bukan baru sekali ini berlaku.  Ia pernah berlaku sejak era Liong Sik masih menteri pengangkutan lagi.

Setiap kali jadi peristiwa ngeri yang melibatkan kehilangan banyak nyawa, semua orang lantang bersuara untuk tahu apa yang terjadi dan menyebabkannya.  Macam-macam langkah bagi memastikan ia tidak berulang diumumkan.

Pihak berkuasa rancak mencanangkan akan mengambil tindakan sewajarnya.  Hari-hari riuh mengumumkan langkah-langkah segera dan diyakini berkesan.

Hilang saja segala kebisingan tentang reaksi marah, sedih pedih dan duka lara, maka tak tahulah apa terjadi kepada langkah-langkah yang diumumkan.  Umpamanya cadangan meletakkan kotak hitam tu, sampai sekarang tidak dilaksanakan.

Cukup-cukuplah dengan rheotorik murahan dan memberi alasan.  Ini melibatkan nyawa orang.  Nak main politik pun, jangan sampai menjadi manusia yang tidak punya hati nurani.  Itu gaya binatang!

Saturday, October 09, 2010

AKHIRNYA PROTON!

Semasa makan kenduri di majlis kahwin tadi, ramai pula berbahas tentang isu Syarikat Proton memanggil balik kereta model Gen 2 dan Satria Neo keluaran 2004 dan 2008.  Seronok juga berbahas secara terbuka yang tiada hujungnya dan tiada rumusan khusus itu.

Mengikut laporan awal dari pakar, langkah ini akan membabitkan kos yang dianggarkan sebanyak RM 5 juta.  Langkah ini melibatkan lebih 15,000 kereta.  Jika semuanya perlukan alat ganti, kos ini akan meningkat hingga sekitar anggaran itu.

Tapi sebenarnya kos ini adalah minimal.  Pasti ia akan menjadi jauh lebih banyak jika berlaku insiden yang boleh membawa mereka ke mahkamah atas tuntutan kos kerugian dan kecelakaan.

Apa yang ramai rasa agak lega ialah sekurang-kurangnya Proton kelihatan sudah bersedia maju ke depan dengan langkah bertanggung-jawap ini.  Jika sikap kerja positif juga turut menjadi prinsip dan pegangan syarikat, ini akan meyakinkan pengguna.

Monday, October 04, 2010

LAGI-LAGI MAINAN POLITIK

Belum pun seminggu Samy Vellu membuat pengumuman untuk berundur pada bulan Januari nanti.  Kini pemimpin MIC sudah pun menyatakan hasrat mereka mahu menuntut jawatan seorang menteri lagi.  Inilah bahasa politik mereka.

Pelek sungguh manusia-manusia seperti mereka ini yang langsung tak ada perasaan malu.  Sudahlah undi yang memenangkan MIC-BN semasa menang dulu itu adalah diatas sokongan majoriti Melayu.  Kini bila sudah kalah mereka masih main ular.

Pemimpin atasan MIC berhujjah bahawa penyandang presiden MIC yang bakal menggantikan Samy Vellu nanti, iaitu Pananivel, patut diberi jawatan menteri.  Alasannya ialah kerana MIC dijanjikan dua jawatan menteri dalam persefahaman ahli parti dalam BN.

Betul-betul tak malu?  MIC lagi-lagi dengan mainan politik mereka.

Rakyat seluruhnya harus sedar dan insaf.  Pemimpin seperti ini tidak relevan lagi.

Thursday, September 30, 2010

SURELY & FINALLY?

I must respond to this news.  Like a lot of fellow Malaysians, I just got pissed with the antics and gimmicks of this one particular leader.  Most of the time he was very annoying.

This is not a racial issue.  Rather, it is his attitude and arrogance that make people simply detest him.

Once he was a BN-MIC inncumbent.  But he lost shamefully during the last election.  Who does not know Samy Vellu?

I quote the breaking news saying that he is retiring for good in three months' time:

Malaysian Indian leader steps down from controversial career

The leader of Malaysia's largest ethnic Indian party said Thursday he will step down next January after stubbornly clinging to power despite a drubbing in 2008 national elections.

S. Samy Vellu, who since 1979 has led the Malaysian Indian Congress (MIC), which is part of the ruling coalition, has had a long and controversial career as the strongman of politics in the minority community.

"Today, I'm officially announcing my decision to step down and pass the leadership to my deputy in January next year," he said according to state news agency Bernama.

The 74-year-old had previously promised to step down some time "eight or nine months" before his term expires in May 2012.

Known for his almost total dominance over the Indian community's political scene, Samy was one of Malaysia's longest-serving ministers until 2008 when his party lost six of nine parliamentary seats contested, including his own.

Voters backed a resurgent opposition over the MIC, which was criticised for failing to improve the lives of Indians who are disadvantaged in terms of education, wealth and employment.

The drubbing was part of a humbling result for the 13-member Barisan Nasional coalition which lost five states and a third of parliamentary seats in the landmark elections.

Despite mounting calls for his resignation from within the coalition, which is intent on recovering minority support, Samy stood and won another term as party president in September 2009.

Ethnic Indians make up less than eight percent of the 27 million population of Malaysia, which is dominated by Muslim Malays and includes a sizeable ethnic Chinese community.

People would be hesitant to believe this news.  Most of us would be asking, 'Are you sure? Is it final?'

Only time will tell.  But I believe many are praying that it is surely and finally happening.

Sunday, September 26, 2010

PASAR TTDI

Sudah lama juga saya tak ikut isteri ke pasar.  Tetapi saya berjanji untuk menemaninya ke Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) hari ini.

Begitu ramai pengunjung ke Pasar ini.  Pusing tawaf beberapa kali pun tak juga dapat parkir.  Kemudian saya tunggu saja sampai ada orang keluar.  Itu berlaku hampir sejam selepas itu.  Aduhhh, letih dan serik rasanya.

Saya yakin ramai orang suka membeli bekalan di sini kerana hampir semuanya ada.  Bukan saja daging, ayam, ikan dan bahan laut, sayur-sayuran serta buah yang ada.  Tetapi di sini juga ada gerai jualan barang runcit, kedai kek, kedai kueh, gerai-gerai makan, kedai bunga, tukang jahit, dan bermacam-macam lagi.  Pendeknya semua yang terfikir di kepala memang ada dijual di sana.

Mengikut kata isteri pula, ramai orang suka ke sana kerana segala kueh-mueh dari yang biasa dan eksklusif pun ada.  Pembeli boleh mendapat jenis makanan segera berbeku, kueh mueh segar, dan kueh-kueh kelas atasan.  Memang saya lihat 'brownies' yang dijual di pasar ini setara dengan yang dijual di kedai bakeri eksklusif.

Di pasar ini juga terdapat lemang, ketupat dan rendang.  Ada juga biskut-biskut dan jenis-jenis makanan ringan seperti kerepek.  Katanya memang setiap hari makanan ini dijual.  Kualitinya juga baik.

Satu-satunya perkara yang kurang menarik ialah harga barang.  Jelas harga di sini agak tinggi.  Tetapi itu tidak menjadi halangan bagi pembeli yang sudah maklum tentang perkara ini.

Monday, September 20, 2010

PULUT LEMANG RENDANG

Dari Hari Raya Aidilfitri yang pertama sampai ke hari ini, hari-hari saya mesti juga makan pulut lemang dan rendang.  Mana tidaknya, hari-hari ada jemputan rumah terbuka.  Hari ini ofis pula buat jamuan Raya.

Memang ada makanan-makanan lain juga.  Ada yang buat laksa penang, laksa johor, mee kuah. nasi briyani dan sebagainya.  Tetapi kalau sudah makan di rumah pertama, di tempat atau rumah lain, memang tak boleh nak makan berat sebegitu lagi.  Jadi ambil lemang dan rendang sajalah.

Hari ini sudah hari kesebelas kita merayakan Aidilfitri.  Saya rasa macam sudah mabuk pulut lemang serta rendang.

Badan pun sudah rasa semacam.  Mungkin kemasukan banyak angin la agaknya.  Orang kata pulut banyak angin.  Betul la agaknya!

Wednesday, September 08, 2010

MINAL AIDIL WAL FAIZIN



Semoga semua ceria bahagia bersama keluarga, sanak saudara dan sahabat handai sekelian.  Hati-hati di jalanraya. :)

Sunday, September 05, 2010

ORANG MELAYU BERPESTA

Kita orang sekeluarga awal-awal pagi tadi sudah bersiap untuk pergi membeli-belah di Jalan Masjid India dan Jalan TAR di Kuala Lumpur sana.  Sampai sana dekat pukul 9.30 pagi.

Ketika tu pun orang sudah ramai.  Baru teringat sekolah sudah cuti, jadi banyak orang bertumpu ke sini.  Puas juga tawaf mencari parkir.  Hujungnya dapat letak kereta dekat Restoran Yassin.

Pening kepala melihat lautan manusia.  Kiri kanan asyik langgar orang saja.  Lama-lama saya pun mengaku kalah dan janji tunggu dekat kereta saja.  Nak tidur dalam kereta pun tak boleh kerana rasa bahang panasnya.

Anak dan isteri shopping entah apa-apa sampai hampir pukul 2 petang.  Sampai balik rumah saja, cepat-cepat solat dan terus tidur.  Belum sampai sejam isteri kejutkan mengajak pergi ke Kelana Jaya pulak!

Aduh! Ini sudah betul ikut resmi orang Melayu yang suka berpesta.  Tak cukup di KL tadi.  Sekarang nak pergi PJ pula.

Tak ikut karang, mula kutbah panjang tak resmi pulak.  Tapi saya tegaskan tunggu selesai Asar dulu baru pergi.  Jadi sementara tu, lepak la kat sini sekejap! Hehe.

Wednesday, September 01, 2010

NOSTALGIA DI MINDA

Tiba-tiba terbayang pulak banjaran The Alps yang amat indah dan menarik di Eropah itu.  Saya cuba juga mendapatkan kot ada terlekat gambar saya suami isteri.  Nampaknya semua orang ambil untuk masing-masing saja.  Gambar berkumpulan pula objekya kecil sangat hingga hampir tak boleh dapat mengecam diri sendiri.

Seorang kakitangan yang ikut pergi ada memberi beberapa gambar pemandangan di beberapa tempat.  Tetapi tak banyak beza dengan poskad yang telah dibeli.  Lihatlah salah satu pemandangan The Alps yang amat menarik.

'The Mountain Lake'

Biarlah segala kenangan terus terpahat sebagai nostalgia di minda.  Saya masih dapat bayangkan banjaran yang seperti tiada hujungnya itu.

Mengikut penerangan yang diberikan, puncak tertinggi ialah 'Mont Blanc' yang terletak lebih dari 15,000 kaki.  Puncak The Alps ini berada disempadan antara Itali dan Perancis.

Tuesday, August 31, 2010

SELAMAT HARI KEBANGSAAN

Banyak sangat program pada hari cuti hari kebangsaan ini.  Adik beradik mahu berkumpul .  Jadi kita orang ikut saja sekali.

Selamat Hari Kebangsaan yang ke 53 untuk warga Semenanjung Malaysia.  Warga Sabah dan Sarawak menyambut buat kali yang ke berapa ya?  ...... rasanya mereka sudah 47 tahun bersama kita di dalam Malaysia.

Sunday, August 22, 2010

SEPERTI MATA BESAR DARI PERUT

Di bulan puasa ni, nampaknya banyak sangat yang rasa nak makan.  Jika kita pergi ke pasar Ramdhan bertambah besar mata melihat segala macam makanan yang dijual.  Macam-macam yang mahu dibeli seolah-olah perut sebesar tempayan.

Saya suka pergi ke pasar Ramadhan di Seksyen 14, Petaling Jaya.  Pertamanya sebab tempat ini popular dan kedapatan banyak makanan yang saya suka.  Keduanya kerana ia tidak begitu jauh dari rumah.  Masaalah besarnya ialah untuk mendapat parkir.

Biasanya jika pergi tu, habis jugalah RM50.  Entah apa-apa dibeli.  Selepas berbuka rasa ruginya duit, sebab hampir separuhnya akan terbuang.  Jika lebihannya disimpan untuk sahur pun, tiada siapa yang mau makan.

Bercakap pasal sahur, tadi pagi kita orang makan nasi goreng seafood dengan sup telur.  Isteri saya buat dengan pedas yang terangkat.  Bila panas-panas tu memang lagi sedap.  Saya ambil gambarnya tapi kamera lama ni memang la tak boleh fokus pun.  Lihat sajalah kualiti gambarnya di bawah.

Nasi Goreng Seafood

Saturday, August 21, 2010

MEE REBUS YANG TAK BERAPA JADI

Mee Rebus Tak Jadi

Hari ini isteri saya buat mee rebus.  Tapi katanya mee rebus ni tak berapa jadi.  Mungkin beliau terlebih bubuh udang kering kerana terasa udang keringnya tu.

Isteri saya bertanya kepada saya, 'Kak G tak ader bagi resipi mee rebus ke?  Bukan apa, semua resipi Kak G yang pernah dicuba memang jelas sedap.

Saya tak ingat la pulak.  Nampaknya nak kena check semula resipi-resipi beliau.  Mungkin elok diprint dan kumpulkan supaya senang dirujuk nanti.  Harap Kak G tak marah.  Ini nak pergi ke laman beliau nak beritahu, minta izin sekali. :)

Saturday, August 14, 2010

MELAYU ISLAM & PENDAPATAN HARAM

Di dalam bulan puasa yang mulia ini kita mendengar ramai saudara-saudara Muslimin dan Muslimat bekerja di tempat yang jelas haram.  Mereka ialah kakitangan Melayu Islam yang berkerja di kilang-kilang arak, tempat yang menjual dan menyajikan arak serta juga tempat-tempat perjudian dan pusat hiburan.

Pihak berwajip dan jabatan agama serta para ulama mesti mengambil langkah untuk mengatasi gejala ini.  Di mana akan datang keberkatan kalau sudah punca rezeki dan makanan serta minuman yang menjadi darah daging adalah haram.

Kemungkinan mereka yang bekerja di tempat-tempat begini adalah mereka yang cetek ilmu agamanya.  Memang banyak orang Melayu tidak arif tentang hal agama Islam.

Sebaik-baiknya langkah kukuh ialah untuk memastikan sistem pembelajaran cukup utuh dengan pengetahuan agama.  Kemudian sistem sokongan lain mesti mendorong supaya manusia sentiasa insaf diri sebagai seorang Islam.  Bila asasnya kukuh dan kesedaran tinggi, tidak mungkin orang Islam Melayu akan mahu pun untuk bekerja tempat-tempat seperti ini.

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA


Sama-samalah kita berusaha mengisikan Ramadhan tahun ini sebaik yang terdaya.  Semoga kita diberkati dengan mendapat ganjaran pahala terbaik.  Amin.

Sunday, August 08, 2010

KL SESAK

Pastinya ramai warga KL dan PJ pergi menerjah KL sejak semalam.  Semalam dan hari ini jalan utama KL semuanya jem teruk.

Kenapa saya tahu.  Jawapan yang terang lagi bersuluh ialah kerana saya sekeluarga juga ikut terjerat di dalam kesesakan lalu lintas ini.

Semalam isteri saya nak pergi beli putu mayam dan nasi beriyani Muar di Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.  Memang dah tahu setiap Sabtu kawasan ini memang sesak.  Tapi mahu tak mahu pun kena pergi juga kerana ibu mertua nak sangat makan.

Hari ini pula kita orang ada jemputan doa selamat sempena menyambut Ramadhan di Kampung Baru.  Sekali lagi kena redah jalan yang sesak semasa pergi dan juga balik.  Memang tak boleh elak Jalan Tuanku Abdul Rahman kedua-dua hala.

Semasa saya balik dekat Maghrib tadi, kereta masih bergerak dengan perlahan sekali.  Letih betul rasanya!!

Wednesday, August 04, 2010

BERKENAN CANTIK

Saya memang berkenan tengok anak pasangan bekas Presiden Amerika Bill Clinton dan isterinya Setiausaha Negara Hilary Clinton iaitu Chelsea Clinton.  Rupanya cantik dan ada iras mendiang artis popular Ratu Grace.

Pada hari minggu lepas Chelsea telah melangsungkan perkahwinannya dengan satu-satunya teman lelakinya iaitu Marc Mezvinsky.  Majlis perkahwinan mereka diadakan secara tertutup tapi eksklusif di Estet mewah, Aston Court, Rhinebeck, New York.

Chelsea Bersama Suami & Ibu Bapanya

Jelas pasangan pengantin dan ibu bapa Chelsea yang merupakan pasangan tersohor dunia itu amat gembira.  Chelsea yang berumur 30 tahun adalah anak tunggal.

Perkahwinan ini merupakan perkahwinan antara dua mempelai yang berbeza agama.  Keluarga Clintons berugama Kristian Methodists sementara suami Chelsea, Marc Mezvinsky, adalah seorang Yahudi.  Acara perkahwinan diadakan sesuai dengan kehendak kedua-dua kepercayaan yang berbeza itu.

Monday, August 02, 2010

ADA SALAH INFORMASI

Mengikut kata isteri saya, ada informasi dalam N3 saya yang dia rasa kurang tepat.  Tetapi beliau sendiri pun tidak berapa pasti apa yang tepat.

Geli hati juga kan?

Sunday, August 01, 2010

KENANGAN MELANCONG KE EROPAH

Kiranya percutian selama 11 hari ke Eropah termasuk perjalanan pergi dan balik ke Malaysia memang terlalu singkat dan jadualnya amat padat.  Ternyata ia memang satu percutian yang meletihkan.

Kami naik Thai Airlines di mana selepas berlepas dari KLIA kami terpaksa transit dulu di Bangkok hampir dua jam juga.  Selepas itu barulah kami meneruskan penerbangan ke Frankfurt, Jerman.  Semasa sampai tu dah mula rasa lengoh-lengoh badan dan mengantuk.  Tetapi oleh kerana teruja nak melihat dunia, semua ahli rombongan nampak riang.

Setelah sampai kami dinaikkan ke dalam beberapa biji bas.  Kemudian kami dibawa ke Colmar.  Bangunan-bangunan di sini sungguh unik, cantik dan menarik dengan ciri architecture yang sungguh tinggi nilainya.  Kami bermalam berhampiran bandar ini.

Pada keesokan harinya, kami dibawa melalui bandar-bandar di Jerman seperti Bonn, dan Stuutgart dan melihat tempat tersohor seperti Loreley Rock dan Sungei Rhine.  Tetapi kami tidak dibawa untuk 'river cruise' kerana faktor masa.  Kami bersiar dan melihat sambil meneruskan perjalanan ke selatan.  Kami bermalam di salah sebuah bandar yang bernama antara Basel atau Baden, iaitu dekat sempadan antara Jerman dan Switzerland.

Esoknya pula, awal-awal pagi kami sudah mulakan program.  Selepas makan pagi, kami dibawa ke kawasan Lake Luzern berdekatan dengan resort ski yang terkenal itu.

Memang tempat ini amat menakjubkan.  Walaupun dimusim panas, tempat ini masih bersalji tebal.  Tetapi tak ada acara ski la.  Semua orang berposing sakan.

Malam itu kami dibawa bermalam di satu pekan kecil yang saya pun tak ingat namanya.  Semua orang tak kisah nak ambil tahu pun sebab sudah terlalu keletihan dan hanya berfikir nak rehat dan tidur saja.

Kemudian, esoknya, kami meneruskan perjalanan menuju Paris.  Memang satu perjalanan yang amat jauh dan meletihkan.  Tetapi aktiviti ambil gambar memang dilakukan juga semasa dalam perjalanan, dan semasa berhenti rehat untuk makan dan menunaikan hajat.

Acara di Paris termasuklah berkunjung ke Eiffel Tower.  Anggota rombongan hanya sempat naik ke tingkat bawah saja kerana faktor masa juga.  Tapi dari situ pun pemandangannya amat cantik sekali.  Walaupun rasa tak puas, tapi hati gembira kerana sampai juga di sana.  Kami bermalam di Paris.

Setelah itu kami menuju ke Calais pula, iaitu pekan pelabuhan Perancis yang kira-kira 40 kilometer dari Dover di England.  Perjalanan dari Calais ke Dover dan seterusnya ke kota London juga adalah satu lagi perjalanan yang amat jauh dan meletihkan.  Sampai saja di hotel di Bayswater, London, semua orang sudah tidak bermaya lagi.

Kami berada di London selama dua hari.  Satu hari acara mengikut jadual syarikat pelancongan dan satu hari ialah hari acara bebas.  Walaupun masanya singkat, kami sempat jugalah melihat tempat popular seperti Trafalgar Square, Kensington, Birmingham Palace, Big Ben dan sebagainya tu.

Semasa hari acara bebas, kami berjalan-jalan mencari cenderahati di Oxford Street.  Panjang rupanya jalan tu.  Letih juga la berjalan kaki.  Kami turut berjalan di Bond Street yang terkenal dengan barang-barang berjenama mewah tu.

Setelah selesai tu, kami semua di bawa ke Lapangann Terbang Heathrow untuk pulang ke tanah air.  Semuanya memang satu kenangan yang akan sentiasa berada di dalam ingatan.

Tetapi kami dirompak dari kenangan yang dirakamkan melalui kamera digital dan kamera video oleh penjenayah yang tegar.  Memang rasa amat terkilan, tetapi kami redha.

Wednesday, July 28, 2010

BEGITULAH YANG TELAH DITENTUKAN

Hari ini saya dan isteri terpaksa menerima kenyataan bahawa memang beg yang berisi kamera digital, kamera video saya, wang dan beberapa barang-barang peribadi isteri saya telah selamat dicuri orang.  Saya langsung tak terfikir bahawa ada juga penjenayah di dalam pesawat yang sempat merancang mencuri barang kepunyaan penumpang lain.

Memang nasib kami.  Selepas berseronok dan merakamkan begitu banyak kenangan, rupanya segala apa yang masih tetap ada hanyalah apa yang terakam di dalam kenangan saja.  Begitulah yang telah ditentukan.

Hati dan perasaan kami belum lagi dapat tenang sepenuhnya.  Bila diceritakan pada orang, ada pulak yang mulut celupar mengatakan bahawa itu membawa petanda!  Tak ke bertambah bengang dibuatnya!

Sunday, July 25, 2010

DAH BALIK TAPI MASIH LALUK

Kita orang dah balik masuk hari ketiga hari ini.  Tetapi kami masih lagi 'jet lag.'  Teruk pulak nampaknya, sebab malam tak dapat tidur dan siang-siang macam ni pulak yang mengantuk.

Hari ini sekadar menjengah tengok-tengok saja sekejap.  Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini semasa saya pergi bercuti.

Saya sedih juga sebab beg kamera saya dikebas orang.  Habis kamera dan video-cam saya hilang, termasuk juga sejumlah wang UK yang isteri saya selitkan di poket dalam beg kamera itu.

Tak tahulah kalau ada penumpang tersalah ambil.  Ternyata beg saya tidak ada di tempat letak bag di ruang atas di dalam kapalterbang tu.  Saya memang pasti saya letakkan baggasi bimbit kami dan beg kamera tu di ruang atas barisan tempat duduk hadapan kami saja.

Jadi lesu habis rasanya seelok sampai dan kapalterbang berhenti di KLIA dan kami dibenarkan turun.  Semua penumpang-penumpang bergegas mahu segera turun.  Saya dan isteri antara yang akhir turun kerana terkejut dan tercari-cari beg kamera kot ada orang yang mengubah.  Tapi jelas tidak ada.   Kami memberitahu kehilangan beg kepada krew.  Mereka hanya dapat menasihatkan supaya kami membuat laporan di pejabat mereka.

Sampai hari ini beg kamera saya masih tidak dapat dikesan.  Sepertinya sudah sah beg itu sengaja diambil orang tertentu.

Habislah segala kenangan sepanjang cuti di Eropah yang telah dirakamkan di dalam kamera dan video-cam tu.  Malang sungguh nasib kami.  Nampaknya segala kenangan hanya tercatit dalam minda saja. :((

Monday, July 12, 2010

CUTI DUA MINGGU

HAPPY BLOGGING

Ya semoga kawan dan rakan semua terus ceria bahagia dalam dunia blogging ini.

Saya nak pergi bercuti selama lebih kurang dua minggu.  Selama itu saya tak dapatlah nak mengemas-kini blog.  Harap rakan blogger semua ambil maklum.

Insya Allah, selepas balik bercuti dan hilang mabuk jalan, saya akan bersama kawan-kawan kembali.

Maaf zahir batin. Panjang umur jumpa lagi.

Saturday, July 10, 2010

JENUH JUGA BERBELANJA

Seminggu ni saya terlalu amat sibuk.  Banyak pula hal untuk menguruskan segala kerja dan juga menyerahkan kuasa tugas kepada timbalan dan staf.  Macam nak pergi lama sangat pulak.

Tetapi orang atasan tu suruh siapkan semua jadual supaya nanti tak ada kerja akan terganggu.  Bukan apa mereka takut kalau-kalau jadual penerbangan tertunda kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Rasa cemas juga dibuatnya.  Tetapi memang benar juga.  Apa-apa pun boleh terjadi.  Tak lama dulu letupan di Iceland telah menganggu jadual penerbangan untuk jangka masa yang agak lama juga.

Semoga percutian saya dan ahli-ahli rombongan nanti akan selamat dan baik-baik saja.

Memang rasa seronok nak pergi.  Pihak pengelola suruh siapkan pakaian sejuk kerana kami bakal lawati tempat orang lunsur salji juga.  Jenuh jugalah berbelanja membeli pakaian dan sebagainya sebelum bertolak pergi.

Sunday, July 04, 2010

KUALA LUMPUR BERTARAF DUNIA?

Pening betul bila terpaksa meredah di Kuala Lumpur (KL) dan kawasan-kawasan tertentu.  Seminggu ini saya terpaksa berulang-alik ke KL kerana urusan kerja.

Sudah berulang kali, bertahun-tahun, pemimpin dan politikus asyik duduk bercerita nak menaikkan taraf KL ke tahap antarabangsa.  Baru-baru ini Menteri Wilayan Persekutuan, dan Kebajikan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pun mengulang kenyataan yang hampir senada.

Hai, sudah-sudahlah dengan retorik politik!  Jangan jadi macam burung tekukur yang asyik mengukuk bising saja, melaungkan itu dan ini serta bangga dengan kemungkinan yang belum menjadi realiti.  Jangan gila canang yang Kuala Lumpur akan menjadi seperti Singapura dan Hong Kong.  Naik mual rasanya!!!

Lalu lintas di Kuala Lumpur terus juga jam, walaupun ada jalan tol sana sini.  Negara yang sekecil Malaysia ni, begitu banyak tempat kutipan tol jalan.  Dalam pada itu jam bertambah teruk pula, terutamanya semasa masa kemuncak.

Saya pergi melancung ke Amerika dulu, jalan beribu-ribu batu, satu jalan pun tak ada kenakan tol!  Bila nak masuk ke San Francisco menggunakan jambatan khas tu barulah bayar USD 4 saja untuk sebuah kenderaan bersama penumpang-penumbang.  Saya suami isteri pergi seluruh California, ke Las Vegas dan sebahagian Arizona yang merangkupi jarak hampir 3000 batu.  Itulah saja jumlah tol yang dsibayar - hanya USD 4 saja.

Kata kawan yang duduk di sana, seluruh Amerika Syarikat tu memang hampir semuanya bebas tol.  Selain di jambatan untuk ke San Franciso tu, ada sebilangan yang terlalu kecil yang mengutip tol.  Katanya, kalau pergi ke utara, jika nak masuk ke kota Metropolitan New York baru ada satu tol; dan jika nak ke Key West di selatan Florida baru ada lagi tol.

Di KL yang kecil ini, sudah la kena bayar tol sana sini, jalan pula jam, dan tempat parkir kereta tidak dapat menampung permintaan.  Saya baru terperasan, perancangan bandar amat tidak efisyen.

Umpamanya, macam mana nak cukup parkir kalau tiga blok bangunan kedai hanya menyediakan sekitar 100 - 200 tempat saja.  Syarikat perniagaan sekurang-kurangnya ada 30, jika jenis perniagaannya besar, dan meningkat hingga dua kali ganda atau lebih jika jenis perniagaan itu kecil.

Lihat saja di Jalan Masjid India tu.  Ada berpuluh perniagaan besar dan ratusan perniagaan kecil.  Pekerja saja telah mengambil hampir 3/4 parkir yang sedia ada.  Mana cukup lagi untuk pelanggan dan orang ramai nak letakkan kereta?

Pemimpin tu cukup-cukuplah duduk main wayang.  Jangan asyik bercakap dan mencanang gendang kosong saja.  Sekurang-kurangnya bekerjalah dengan gigih dan ikhlas mencari penyelesaian kepada masaalah yang sedia ada.

Tuesday, June 29, 2010

PRA DIABETIK

Hari ini aku terpaksa juga pergi jumpa doktor sekali lagi.  Alhamdulillah, kira berita baik juga.  Tetapi harus juga berhati-hati.

Sebenarnya minggu lepas tu aku sudah pergi berjumpa doktor kerana terasa macam nak demam selsema dan lemah-lemah badan.  Kemudian rasa kurang selera makan.  Takut pula ada masaalah kesihatan yang lebih serius.

Semasa pergi bacaan kadar gula dalam badan adalah 11.  Doktor nasihatkan supaya ambil ubat dan datang kembali selepas lima hari,iaitu pada hari ini.

Hari ini kadar gula sudah turun kepada 9.  Tetapi kata doktor mungkin ini tanda-tanda awal diabetik, iaitu  apa yang dia namakan pra-diabetik.  Katanya kadar gula di dalam badanku melebihi kadar normal tetapi tidak begitu tinggi seperti mereka yang mengidap diabetik.

Beliau nasihatkan supaya aku lebih berhati-hati dan mejaga diet.  Nampaknya selepas ini tak boleh selalu minum teh tariklah nampaknya.

Saturday, June 26, 2010

KEPUTUSANKU BULAT

Bagi sesetengah orang blog adalah tempat untuk meluahkan segala rasa di hati dan perjalanan hidup sehari-hari.  Tetapi tidak ramai yang mahu luahkan segala-galanya di sini kerana banayak cerita yang terlalu peribadi.

Bagi diriku pula, ada kalanya ku ingin berkongsi.  Sementara itu ada sesetengah perkara yang lebih baik disimpan saja dalam diri.  Jadi sebab itu aku tidak mengemas-kini blog setiap hari.

Semalam aku telah membuat keputusan yang muktamad.  Setelah dipertimbangkan semua perkara, rasanya adalah terbaik untuk aku terus saja di tempat aku sekarang.  Bila dibuat kontra, keuntungan yang didapati adalah terlalu sedikit, sementara stresnya adalah berkemungkinan lebih.

Satu berita menggembirakan juga kerana pihak bank telah merencanakan progaram untuk membawa pegawai-pegawai ke Eropah pada bulan hadapan.  Walaupun kos perlu dibiayai sendiri, tetapi pekej yang ditawarkan adalah amat murah.  Jadi akau dan isteri akan menyertai rombongan untuk ke Eropah ini.

Jadualnya kami akan dibawa ke Frankfurt dahulu.  Tempat yang akan turut dilawati ialah kawasan ski di Switzerland, kemudian melalui Jerman, Perancis dan akhirnya ke London.  Pekejnya hanya RM 7500 seorang.  Kira-kira amat murah sekali kan?

Wednesday, June 23, 2010

TIBA-TIBA POLIS AMAT EFISYEN

Sumber polis memberitahu bahawa golongan kenamaan berstatus Datuk adalah di antara tujuh individu dikenal pasti menjadi dalang sindiket pertaruhan judi bola sepak Piala Dunia 2010.  Judi haram ini di Malaysia sejak Piala Dunia bermula pada 11 Jun lalu ini dikatakan membabitkan nilai pertaruhan melebihi RM300 juta.

Mengikut sumber berita berkenaan juga, suspek yang amat dikehendaki polis itu dipercayai telah melarikan diri ke luar negara selepas yakin kegiatan mereka dihidu polis.  Keyakinan mereka adalah berdasarkan kejayaan pasukan polis didalam beberapa operasi membanteras pertaruhan haram dan bookie judi bola sepak.

Bagaimanapun identiti suspek-suspek berkenaan tidak didedahkan.  Polis memberi alasan itu adalah kerana mereka masih menyiasat kaitan serta peranan mereka dalam aktiviti pertaruhan haram itu.

Mengikut kenyataan polis, unit gempur Polis Bukit Aman telah berjaya mematahkan lebih 10 sindiket bookie dan pertaruhan haram bola sepak di seluruh negara sejak mula beroperasi 11 Jun lalu.  Kaki judi dikatakan berumur 15 hingga 73 tahun.

Syabas kepada PDRM.  Tiba-tiba di kali ini mereka amat efisyen!  Semoga Datuk-Datuk berkenaan segera dibawa ke muka pengadilan bersama dengan sindiket yang berkaitan.

Monday, June 21, 2010

BANKING CHALLENGE

I have been offered the managerial post. But if I were to accept I would have to move to a branch which is too far away from home.  So I am in a dilemma.

Our local banks have extensive branch networks.  Some are in urban A  zone and some are in remote areas.  The position I am offered in somewhere in between.  Of course there will be salary and allowance increases along with other perks.  However, there would more stresses too; one of them is the traffic jam.

I am weighing the RM2,000 + additional against the hardships that I would have to endure.  My friends have bad experiences over the promotions.  So I am just trying to be practical.

Fortunately, this is a conditional offer, and not a directive.  I am given time to consider too.  Well, at least I have another week to play with.

Friday, June 18, 2010

KEMPEN CEGAH DENGGI

Perasaan saya bercampur-baur dengan pelbagai kempen nasional mencegah denggi.  Menteri dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan melauangkan tentang langkah-langkah tertentu untuk menangani wabak denggi.

Terkini, hari ini, Ketua Pengarah Kementerian mengumumkan perlantikan selebriti terkenal, Aznil Nawawi sebagai ikon anti denggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan 'Jom Ganyang Aedes.'  Selepas majlis menandatangani perjanjian persafahaman, kedua belah pihak kelihatannya teruja dengan langkah ini.

Saya tabik Aznil kerana kesediaannya untuk memikul tanggungjawab sosial ini.  Tetapi saya tidak nampak bagaimana keberadaannya itu akan menghapuskan nyamuk aedes dan membanteras denggi.

Kata Ketua Pengarah Kementerian, "Penglibatan beliau ..... diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi."

Projek khas 'Jom Ganyang Aedes' dikatakan adalah khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh.  Kementerian sedang berusaha untuk menyedarkan masyarakat bahawa kunci utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah.

Aktiviti semburan kabus atau fogging dikatakan juga hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik.  Jadi mereka memfokus kepada penduduk dan penghuni premis untuk memain peranan bagi memastikan tiada jentik-jentik yang akan membesar menjadi nyamuk aedes.

Ironinya, banyak longkang dan tempat-tempat yang menakung air dan membiak jentik-jentik ialah di bawah bidang kuasa dan seliaan pihak berkuasa tempatan dan institusi tertentu.

Umpamanya di kawasan perumahan saya, laman rumah dijaga bersih oleh penduduk.  Tetapi longkang hanya dicuci secara berkala - kadang-kadang sampai berbulan tak dibersihkan.  Di luar juga ada tin dan bahan penakung air lain yang dibuang oleh entah siapa dan juga yang dicicirkan oleh lori angkut sampah.  Jelas sekali aktiviti semburan atau fogging juga tidak dijalankan.

Dengan kata lain kegagalan membenteras itu adalah kegagalan pihak berkuasa menjalankan kewajipan mereka.  Cuba ambil contoh kes kawan baik Aznil sendiri, iaitu Allahyarham Din Beramboi.  Tidakkah arwah terkena gigitan nyamuk aedes semasa membuat pengambaran di sekitar kawasan yang di bawah jagaan pihak berkuasa tertentu?

Monday, June 14, 2010

TUNGGAKAN BERLAMBAK BIL LETRIK

Saya membaca berita tentang penyewa-penyewa rumah yang lari dari membayar hutang bil letrik yang amat tinggi.  Perkara ini turut dilakukan oleh mereka orang-orang Melayu yang mengaku diri orang Islam juga.  Bukan kecil jumlah bil-bil berkenaan.

Dalam kes-kes serius, ada bil-bil yang tak dibayar hingga sampai bertahun lamanya.  Jumlah berkenaan juga mencecah hingga beribu, malahan puluhan ribu ringgit.

Pelek juga bagaimana pihak TNB tidak memotong bekalan letrik kepada premis-premis yang tidak menjelaskan bil-bil masing-masing dalam tempuh yang ditetapkan.  Kalau ikut peraturan TNB sendiri, tak kira berapa pun jumlahnya, bila sudah sampai tiga kali bil, bekalan letrik pasti dipotong.

Punca utama segala kepincangan dalam sistem kita ialah kerana perlaksanaan yang amat tidak efisyen dan lembab.  Atas kertas, hampir semuanya serba canggih dan sempurna.  Tetapi, bila melaksanakan segala polisi dan perancangan, hampeh!

Inilah juga punca utama bil TNB boleh tertunggak berlambak.  Jika TNB tidak memotong bekalan, kenapa pula mesti tuan rumah yang membayar bil yang tertunggak dengan jumlah yang besar selepas penyewa-penyewa rumah cabut lari?

Sudah sampai masanya, ada perundangan untuk menangani masaalah yang tidak sepatutnya menjadi masaalah ini.  AP-AP wajip peka tentang perkara yang membebankan rakyat.

Sepatutnya ada undang-undang yang menghadkan tempuh dan jumlah bil yang tidak dibayar itu.  Bekalan wajip dipotong atau dikira sebagai terpotong secara automatis bila syarat itu tidak dipenuhi.

Jika TNB tidak efisyen dalam menjalankan tugas mereka, TNB harus dipertanggung-jawapkan.  Apa-apa jumlah selepas tempuh yang ditetapkan dikira hangus.  Barulah sistem itu efektif dan adil.  Tak adalah rakyat saja yang sentiasa rugi!

Sunday, June 13, 2010

BERTUKAR WAJAH LAGI!

Saya berkenan pula dengan pelawaan untuk menukar wajah blog.  Ada beberapa pilihan baru yang mudah dilaksanakan.  Jadi saya cuba-cubalah beberapa reka-bentuk dan menukarkan apa yang dirasakan sesuai dengan selera saya.

Inilah hasilnya.  Bagaimana?  Saya ini jenis yang agak konsevatif.  Jadi seni saya ini adalah seni yang mudah.  Walau diubah-ubah pun, skima warna dan kombinasi tu tak lari sangatlah.  Hehe.

Saturday, June 12, 2010

SEPANYOL JUARAI PIALA DUNIA 2010?

Seperti tidak sah pula jika saya tak ikut buat N3 bersabit Piala Dunia 2010 ini.  Sebenarnya saya tidak termasuk di dalam golongan hantu atau kaki bola.  Sekadar ambil tahu saja.

Tadi ada saudara-saudara dari kampung singgah ziarah.  Macam rombongan pula, sebab mereka konvoi tiga kereta.  Maklum sajalah sekarang ni musim cuti sekolah.

Masa ramai-ramai tu, topik yang paling panas ialah pasukan mana akan menjuarai Piala Dunia 2010 ini?  Banyak yang sokong Brazil dan Jerman.  Saya dan anak saya saja yang yakin Sepanyol akan menjadi juara.

Sebenarnya kami mendengar komen-komen pengulas-pengulas sukan yang kebanyakkannya memberi komentar menarik tentang pasukan Sepanyol.  Sepanyol adalah jaguh Eropah yang merupakan pasukan favoret untuk menjuarai pertandingan kali ini.

Mengikut ulasan mereka, Sepanyol mempunyai pemain-pemain yang mempunyai skil baikdan tinggi serta seimbang.  Ia adalah satu-satunya  pasukan yang bermain dengan cemerlang sebagai satu pasukan.

Jika diikutkan, Sepanyol adalah satu-satunya pasukan yang diiktiraf oleh FIFA untuk berada di kedudukan 'ranking' teratas.  Namun mereka tidak pernah lagi memenangi Piala Dunia.

Sejak tahun 1978, Sepanyol layak ke pertandingan Piala Dunia.  Walaubagaimanapun mereka tidak pernah memenangi Piala berprestij ini.  Tempat yang paling baik mereka pernah capai ialah di tempat keempat setengah abad lalu di tahun 1950.

Kita tunggu dan lihat sajalah samaada tahun 2010 ini adalah tahun bertuah untuk mereka akhirnya muncul sebagai juara Piala Dunia 2010.

Thursday, June 10, 2010

PADAH GHOUT

Sudah tiga hari ini saya rasa sakit sendi-sendi di sekitar kaki.  Malah dekat buku lali sudah nampak membengkak.

Tadi baru saya pergi berjumpa doktor.  Katanya ada peradangan.  Tahap asid urik yang ada di dalam badan saya sudah terlalu berlebihan.

Jadi doktor menasihatkan saya supaya mengurangkan makanan yang mempunyai banyak asid urik ini.  Di samping itu saya dinasihatkan supaya meminum air sekurang-kurangnya sebanyak 2.5 liter dalam sehari.  Tujuannya ialah supaya saya lebih kerap membuang air kecil dan sekaligus membuang asid urik yang berlebihan.

Tadi doktor memberi suntikan.  Selain itu beliau juga memberi ubat.  Rasanya doktor memberi jenis ubat penahan sakit untuk bantu menahan rasa sakit di sendi-sendi kaki saya, selain ubat yang akan membantu menurunkan asid urik.

Ada orang berjualan pelbagai produk dalam bentuk bentuk minuman yang dicampur dengan kopi.  Saya tidak boleh tahan sebab saya tidak minat kopi.

Isteri saya juga ada membeli produk tempelan di kaki untuk bantu menurunkan asid urik.  Saya nak mencuba sekarang ni sebelum masuk tidur.  Tak kiralah usaha mana yang lebih berkesan.  Harap-harap esok rasa sakit akan hilang atau sekurang-kurangnya menurun.

Saturday, June 05, 2010

RAMAI-RAMAI KECAM ISRAEL


Sebelum membuat N3, saya mahu merafak sembah dahulu untuk turut mengucapkan Selamat Hari Keputeraan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.  DAULAT TUANKU.

Saya ikut teruja juga dengan semangat anti Israel yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia dalam perhimpunan semalam.  YB Dato' Seri Anwar Ibrahim masih lantang dan bersemangat untuk turut serta di dalam tunjuk perasaan di Kedutaan Amerka Syarikat.

Sepertinya seluruh jalan utama di Kuala Lumpur penuh sesak dengan banjiran manusia yang berarak menuju ke Kedutaan ini.  Bermacam-macam sepanduk dan kain rentang dengan kata-kata semangat yang agak keras mengutuk serangan kejam ke atas kapal misi keamanan Mavi Marmara yang sedang menuju ke Gaza itu, khususnya, dan kekejaman Israel secara kesluruhannya selama ini.

Ya, kita harus terus mengutuk dan menentang tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan regim Zionis ini.  Kita harus terus mendesak Amerika Syarikat kerana mereka telah lama bersekutu dengan Israel.  Di dalam kejadian ini ia melibatkan seorang rakyat Amerika yang turut juga menjadi korban.

Diberitakan Dato' Seri Anwar memasuki Kedutaan Amerika.  Beliau telah menyerahkan surat bantahan yang telah ditandatangai oleh pemimipin Pakatan Rakyat dan 20 NGOs.

Surat berkenaan juga memohon agar President Barack Obama turut mengutuk keganasan dan kekejaman yang dilakukan dan juga supaya sekatan Gaza dihentikan.  Mereka juga mendesak supaya satu badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan serta juga mendesak agar Amerika Syarikat menggantung bantuan tentera dan ekonomi kepada Israel.

Wednesday, June 02, 2010

RUPA ISRAEL SUDAH JELAS, TERANG DAN NYATA

Satu dunia sudah dapat lihat dan tahu sikap sebenar regim Zionis Israel ini.  Perbuatan mereka melakukan serangan komando terhadap insan yang membawa misi bantuan keamanan ke Gaza adalah sesuatu yang tidak dapat diterima  oleh semua yang mendokong keamanan.

Jelas dan nyata regim Zionis ini memang syaitan yang bertopengkan manusia.  Mereka angkuh seperti iblis angkuh tidak mengiktiraf Nabi Adam SAW.  Mereka kejam seperti iblis yang berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan Adam yang tidak beriman!

Saya mendengar berita melalui Astro Awani dan TV3 semasa rehat makan tengahari ini.  Apa yang dinyatakan wartawan Astro itu amat menyentuh perasaan.

Lebih kurang katanya, "Apa yang saya alami selama 48 jam, 2 hari, boleh diringkaskan dengan sesuatu 'perit dan pedih amat berat' ..."  Apa yang dialaminya membuat dirinya insaf tentang segala perit getir yang dilalui oleh rakyat Palestin selama lebih dari 6 dekad.

Allah SWT telah menyeru untuk semua kita beriman.  Ternyata iblis pun tidak akan berjaya menembusi tembuk kekuatan orang-orang yang beriman.

Soalnya sekarang, sekuat dan sekukuh manakah  iman orang Islam seluruh dunia ketika ini? 

Friday, May 28, 2010

BN = BARANG NAIK KE?

Sekali lagi kita diragut perasaan seram dan geram.  Selepas BN dah menjadi agak kukuh sedikit sekarang ni, kita sudah diancam dengan badai taufan barang-barang naik harga lagi.

Sebelum Pilihanraya ke 12 (PR12) kerajaan menjadi begitu berani dan angkuh kerana yakin rakyat menurut saja dan tidak membantah dengan segala tindak tanduk BN.  Harga petrol naik melambung.

Bila PR 12 rakyat bangun memberi amaran bahawa mereka marah dan tidak puas hati.  Akibatnya beberapa negeri tumbang kepada PR.  Tetapi selepas dua tahun banyak katak melompat keluar parti PR masuk BN.

Kini sudah menunjuk belang kembali.  Rakyat sudah dikejutkan dengan kemungkinan barang-barang subsidi dinaikkan harga.  Seolah-olahnya BN tu bermaksud barang naik!

Kalau banyak barang harganya naik, apa akan jadi kepada rakyat yang sudah agak terhimpit dengan ekonomi yang agak teruk?  Jika gaji dinaikkan pun, akan ada 'domino effect' yang menyebabkan harga terus naik lagi.  Akhirnya pendapatan akan menguncup dengan lebih teruk lagi.

Monday, May 24, 2010

MUAK DENGAN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Saya rasa letih dengan gimik-gimik politik.  Bila isu yang remeh-remeh pasal orang lain dan parti lain, BN dan PERKASA lantang bersuara menghujjah entah apa-apa untuk menarik perhatian.  tetapi apabila isu besar-besar yang mengakibatkan akidah dan hukum agama, kalau bersuara pun sayup-sayup kedengaran.

Sekarang ni saya yakin ada dua isu besar yang menjadi senjata dua kumpulan besar politik yang berbeza iaitu BN dan PR.  BN kata PR sudah kehilangan kepercayaan rakyat kerana AP-AP PKR melompat keluar.  PR kata BN sudah bankrup dan terpaksa menghalalkan judi bolasepak.

Apa mereka tidak boleh bersikap intelek dan bertamadun untuk mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan.  Kalau AP PKR keluar parti itu merugikan BN ke?  Yang penting AP-AP itu menjalankan kewajipan untuk rakyat, bukan mencari keuntungan peribadi!

Isu judi bolasepak ni pulak, kenapa pemimpin BN berdiam diri?  Hukum Allah SWT itu jelas dan nyata bahawa judi itu haram.

Ramai warga seluruh dunia mempertikaikan bahawa dengan memberi lesen judi akan mengurangkan perjudian haram.  Apa Malaysia sudah terlebih pandai dari negara-negara yang maju?

Apakan daya, saya hanya dapat berdoa.  Semoga Allah SWT memelihara saya dan keluarga serta saudara seugama yang berpegang kepada WahyuNYA dari terkena tempias bahang segala kekufuran dan ketidak-benaran.  Amin, amin.

Wednesday, May 19, 2010

RUMAH KE PENJARA?

Bangunan seperti di dalam gambar di bawah ini adalah sebuah rumah-istana rupanya.  Memang benarlah seperti dikata: selera kita manusia tidak sama.


Istana ini akan dilelong besok seperti keadaan 'sedia ada' dengan harga reserve, iaitu minima RM 6 juta.  Jadi tentunya orang yang bertaraf jutawan saja yang mampu membeli rumah ini.

Bentuk rupa ini lebih merupakan sebuah kota atau kubu perlindungan.  Pada saya, ia nampak seperti sebuah penjara juga.

Istana ini dikenali sebagai 'Camelot' dan bangunan ini adalah bangunan enam tingkat.  Di dalamnya juga terdapat sebuah kolam renang.  Luas kawasan ialah 1,486 meter persegi.

Jika saya, kalau untuk membeli pastilah saya tak mampu.  Tetapi jika saya mampu pun, dan ianya dijual dengang harga yang jauh lebih murah, hampir pasti juga saya tidak akan membelinya.  Namun jika diberi percuma, tentulah saya akan ambil untuk cuba mencari pembeli yang boleh menjadikan saya seorang jutawan segera.  Hehehe!

Saturday, May 15, 2010

UKIRAN JADE


Ukiran Jade Berharga

Saya teringat nak berkongsi gambar jade yang amat bernilai harganya ini.  Yang amat menarik perhatian ialah ukiran jade in bernilai 380,000 Yuen atau Remimbi Cina.  Kira-kira nilai dalam Ringgit Malaysia ialah sekitar RM 150,000.  Dengan harga itu dah boleh beli sebuah rumah teres di bandar kecil.

Sebenarnya, semalam ada seorang klien yang membawa koleksi barang kemas yang termasuk beberapa barang yang diikat dengan jade hijau dan merah kelabu.  Barang-barang berkenaan hendak dijadikan cagaran untuk mendapat pinjaman bank.

Tak tahu dari mana klien itu mendapat informasi.  Sebenarnya  bank tidak menerima cagaran dalam bentuk barang kemas begitu.

Thursday, May 13, 2010

BANYAK SALURAN JUDI

Heboh pula sana sini pasal kerajaan BN menghalalkan judi bertaruh, selepas Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan Sri Vincent Tan mendapat lesen semula selepas lesen mereka digantung pada tahun 2004 dulu.  Mengikut perancangan, semuanya akan disalurkan kepada Berjaya Group yang juga milik pemilik yang sama.

Sebenarnya menghalalkan judi bukan perkara baru.  Kita ada pelbagai syarikat-syarikat judi halal yang gah seperti Magnum.  Sports Toto pun satu saluran judi juga.  Begitu ramai Melayu Islam turut berbaris untuk membeli nombor Magnum dan bermain Toto bertahun-tahun sejak era Tun Mahathir dan sebelumnya lagi.

Kenapa sekarang sudah ada yang celek dan baru sedar yang kerajaan BN telah memberi banyak lesen judi ke?  Mungkin bagus juga.  Tak payahlah terlampau banyak sangat tipu muslihat dan sandiwara yang mejengkelkan.

Bila Awang Adek mengumumkan cadangan untuk menghalalkan pertaruhan sukan, ramai lantang bersuara menentang. Tapi dalam suara-suara ramai membantah, kerajaan telah pun meluluskan untuk 'menghalalkan' pertaruhan sukan ini.  Lawak pulak rasanya.  Tertipu rakyat jelata.

Kalau ada marah pun, sekejap je nanti reda la.  Semua media arus perdana dan Astro pun sudah dikekang supaya mengikut arahan.  Sejuk dan reda marah karang, aman le balik.

Apa mereka peduli dengan suara-suara protes dari parti-parti dan puak yang membangkang.  BN ada majoriti yang cukup untuk menepis segala usaha untuk membetulkan keadaan.  Rakyat senang saja dilalaikan.

Di mana suara PERKASA? Ibrahim Ali pun dah terkedu agaknya!  Atau pun saja pura-pura tak dengar dan tak nampak!

Wednesday, May 12, 2010

ADA PRK ADALAH LOMPAT PARTI

Nampaknya memang sudah menjadi satu trend pula ni.  Bila saja ada pilihanraya kecil, nanti adalah seseorang, satu kumpulan dan satu cawangan ahli-ahli sesebuah parti keluar daripada parti berkenaan.

Sekarang nampak benar semua yang keluar parti tu bukanlah dari komponen BN.  Semuanya dari dari PR, dan kebanyakannya adalah daripada parti PKR.

Mereka ni seperti mencari publisiti.  Publisiti murahan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan mereka yang melihatnya.  Tetapi apa yang jelas sekali mereka yang keluar, masuk dan lompat-lompat tu kebanyakkannya terdiri daripada golongan Melayu dan India.

Kenapa ya?  Adakah kerana mereka senang dibeli?  Atau memang benar mereka ini  tidak ada pendirian, dan mudah hanyut mengikut arus?

Allah SWT juga Yang Maha Amat Mengetahui.  Saya cuma sediah kerana, setiap kali perkara negatif berlaku, ia lebih melibatkan kaum bangsaku.  Kekadang rasa juga malu mahu mengaku diri ini juga adalah Melayu.

Monday, May 10, 2010

LELAKI LEBIH BOROS

Mungkin tajuk ini menjengkelkan juga.  Tapi saya yakin ia kenyataan.  Tambahan jika sudah ada kajian dibuat yang membuktikan demikian, pastinya ada kebenaran.

Cuba saja lihat kepada statistik pejudi-pejudi di seluruh dunia.  Lelaki tergoda dengan liuk lintuk perempuan yang memperagakan tubuh dan janji pulangan wang taruhan yang berganda.   Wang melayang-layang sampai terduduk dan tertiarap, tapi ramai yang tak pernah serik.

Begitu juga bila teruja dengan kecantikan, status dan nama, lelaki habiskan segalanya.  Bukan setakad itu, malah sanggup bergolok bergadai juga.

Jika perempuan pula, mereka lebih bersikap materialisitik.  Biasanya mereka tidak menghabiskan harta sendiri, tetapi mereka yang menghabiskan harta itu ialah harta yang dikikis dari orang lain.

Pahit tetapi begitulah kenyataannya.

Friday, May 07, 2010

HEBAT MAK JANDA

Saya rasa nak komen pasal satu tajuk berita panas pada hari ini.  Bukan cerita penting sangat pun, tetapi fikiran asyik duk memikir juga.

Satu Malaysia pun sudah tahu bahawa seorang pemain bolasepak handalan masakini telah mendirikan rumahtangga dengan seorang janda yang jauh darinya.  Pasangan sensasi Mohd Aidil Zafuan dengan dramatis Rita Rudiani telah didenda kerana bernikah di Thailand tanpa kebenaran.  Di atas kesalahan itu mereka hanya didenda masing-masing sebanyak RM500 atau 15 hari penjara.

Hukumannya tidak setimpal dengan wang penyelenggaran kes pun.  Jumlahnya terlalu amat kecil.  Mana la ada ciri-ciri sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat ataupun kepada orang lain.

Tetapi apa yang lebih menarik kepada saya ialah betapa hebatnya penangan mak janda Rita Rudiani tu kepada seorang jejaka yang hampir 12 tahun lebih muda darinya.  Sanggup si Zafuan itu membelakangkan ibu bapa dan keluarganya kerana mengikut kata hati.  Adakah kerana pada hematnya, si Rita adalah calon isteri terbaik?  Atas ciri-ciri apa ya?

Sunday, May 02, 2010

KAN DAH TAHU!!!

Belum lagi membuktikan kemampuan sendiri, MIC sudah bersuara meminta tambah kerusi untuknya di dalam kabinet.  MIC menang di Hulu Selangor tempuhari pun dengan kerja keras parti komponen dalam BN dan undi orang Melayu.  Hari ini MIC dah mula menunjukkan belang!

AP Dato Ibrahim Ali tak hendak komen pulak ke pasal ni?  Hari-hari kebelakangan sejak PERKASA memperkasakan beliau, ada saja komennya.  Lepas tu komennya lebih banyak yang menjengkelkan pula dari yang memberansangkan.

Umpamanya beliau secara lantang dan terbuka memohon maaf bagi pihak orang Kelantan kerana apa yang dikatakannya sebagai perbuatan Dato Nik Aziz yang menderhaka dan memperlekehkan Sultan Selangor.  Katanya dia malu.

Tidak lama dulu tidakkah beliau bersekongkol dengan Tun Mahathir menjelajah satu Malaysia kerana isu yang bersabit dengan mengurangkan kuasa sekaligus merendahkan kedaulatan Sultan dan Raja-Raja Melayu?  Adakah beliau lupa?

Benar juga kata Tun Mahathir, 'manusia mudah lupa .. Melayu mudah lupa.'

Friday, April 30, 2010

IGP DAH KENA BERSARA

Sudah banyak insiden dan kes yang menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  Dengan kejadian terakhir di mana seorang anak remaja mati ditembak polis, Ketua polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (IGP) dah kelihatan bertambah melalut juga.  dalam orang ramai menjerit minta penjelasan dan pembelaan, beliau pula minta orang ramai supaya berlaku adil kepada polis.

Saya amat bersetuju dengan saranan pemimpin PR yang menggesa supaya IGP berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej PDRM.  Jelas imej PDRM ini semakin tercalar ekoran insiden pada hari Isnin yang baru lepas.

Beliau sudah disambung kontrak lebih dari sekali selepas beliau bersara wajip.  Produktiviti dah menurun dan fokus pun semakin pupus.  Faktor usia mungkin penyebabnya.

Apapun, elok sangatlah beliau terus bersara sekarang saja.  Bersara sajalah sebelum imej PDRM terus merudum lebih jauh ke bawah, dan sebelum kredibiliti beliau sendiri terus tercalar dengan lebih serius lagi.  Bak kata orang, 'dah sampai masanya.'

Wednesday, April 28, 2010

MIC MENANG LAGI

Sahihlah ada persafahaman dan perjanjian semasa BN menurunkan Kamalanathan sebagai calun di Hulu Selangor tempuhari.  Senangnya manusia berkompromi.

Hari ini Palanivel dari MIC dan Ezam dari UMNO diberitakan mengangkat sumpah sebagai senator.  Berbaloi buat MIC kerana hari ini mereka menang lagi.  UMNO dibujuk dengan perlantikan Ezam.  Adakah keduanya akan menuju ke dalam kabinet pula?  Dengarnya seperti itulah.

Saya tersenyum sendiri melihat perkembangan ini.  Satu ketika Ezam berapi mengutuk Dato Sri Najib dan mencabarnya.  Hari ini dia sudah rujuk.  Apa yang diludah sudah dijilat kembali.

Inilah politik sebenarnya.  Saya teringat kata-kata Tun Mahathir suatu ketika dulu.  Antara lain maksudnya ialah, 'dalam politik tidak ada yang pelik dan mustahil ... arini lawan, besok kawan.'  Semudah itu mereka boleh berpusing.

Sunday, April 25, 2010

ADUH! BN YANG MENANG

Saya ni bukan penyokong tegar mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat.  Tetapi di waktu yang sama saya sudah naik muak sangat dengan segala tindak tanduk BN yang menjadi semakin rakus dan berpendirian terbelakang.

Tapi semuanya adalah ketentuan Illahi.  Jadi kita harus akur.  Jika selepas ini keadaan semakin bertambah memburuk dan memualkan, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah bertanggung-jawap sepenuhnya.

DEBARAN PILIHANRAYA

Tak sabar pula menunggu keputusan pilihanraya di Hulu Selangor.  Macam saya terlibat secara langsung pulak gayanya.  Agaknya itu penangan gelombang politik di negara ketika ini.

Katanya keputusan tak resmi sudah pun ada.  Tapi keputusan resmi belum diumumkan juga lagi.  Buat kita bertambah gelisah saja!

Thursday, April 22, 2010

THE TRUTH IS .....

Only Allah The Almighty know best. Come Sunday, people in Hulu Selangor will go to the poll again.   Later in the evening the result would be known.

But up to last night, the PM, Dato' Sri Najib had this to say, "Barisan will rise again."  However, he went on to say that in order to achieve that, the Barisan election machinery had to work hard and cut down on unproductive work.

“Work more, sleep less and talk less. This is not just about another parliamentary seat but about charting support and direction for the country,” he said in his speech at a dinner held at the coalition’s main command centre in Bukit Sentosa.

There was a crowd of like more than a thousand people there.  However, they were later identified as BN's Hulu Selangor by-election workers who had gathered to welcome Najib, who in turn also met the BN’s candidate P. Kamalanathan for the first time since he was picked to contest.

Najib also made a remark that PKR's candidate, Dato' Zaid was an UMNO reject.  But the truth is Zaid resigned from all UMNO-related posts before he was finally sacked because he appeared at PR coalition's gathering.  The whole world knew the truth.  Those who said otherwise are either in denial, or are blatantly arrogant.

What do we make out of all these untruthfulness being told publicly?  Everybody is entitled to their own opinion.

Sunday, April 18, 2010

TERPAKSA BELI HP BARU

Akhirnya, handfon (hp) saya dah tamat hayatnya.  Sudah lama juga saya duduk tunda untuk membeli hp baru.  Hari ini, tiba-tiba terus kojol.

Mahu tak mahu, hari ini terpaksa jugalah pergi untuk membeli hp baru.  Anak saya bawa pergi  ke kompleks membeli-belah, ke cawangan Nokia dan satu lagi agen yang menjual jenama-jenama lain termasuk yang semakin popular sekarang ini iaitu jenama 'HTP' tu.

  Sebahagian Hanfon Nokia

Saya minta ambil gambar-gambar hp yang dipamirkan.  Ada banyak lagi di dalam 'show case' tapi saya tunjukkan sebahagian ini saja.

Harga hp yang canggih sikit pun dah melebehi harga RM 1000.  Yang murah tu ialah hp yang ada fungsi asas dan biasa saja.

Saya hendak membeli hp yang sederhana, tapi anak pula suruh beli yang ada pelbagai fungsi dan agak canggih.  Selepas dekat dua jam juga mencuba Nokia model itu dan ini, jenama Sony dan HTP, akhirnya beli jugalah yang canggih sedikit.  Selamat jugalah RM 3000 hari ini.  Apa nak buat!

Thursday, April 15, 2010

PERBUATAN BINATANG!

Jelas sekali memang ada banyak yang tidak kena dengan sistem pendidikan dan masyarakat kita.  Jika sistem pendidikan dan nilai masyarakat kita di landasan yang betul, peristiwa membuang bayi dan  penderaan melampau terhadap kaum dan kanak-kanak yang lemah akan menjadi kes yang jarang sekali berlaku.

Akhir-akhir ini, hampir setiap hari, ada saja berita yang menyayat hati kerana kekejaman manusia.  Ada bayi yang mati terbuang, anak yang meninggal kerana didera dan isteri menderita kerana sifat suami yang panas baran dan kebinatangan.

Hari ini saja dua peristiwa yang amat sedih dimuatkan di muka depan akhbar.  Saya petik secebis berita-berita berkenaan di bawah:
Kena sebat setiap hari

“Setiap kali naik angin, suami mencapai apa sahaja barang bersebelahannya termasuk tali pinggang, pasu bunga, botol susu anak atau kunci rumah untuk memukul saya.

“Bayangkan, jika anak menangis, saya terpaksa bersedia menerima hukumannya hingga mengakibatkan saya lebam dan alami kecederaan di punggung serta anggota badan lain,” katanya.

Menurut Zarimah, kejadian sama berulang sekiranya dia melakukan kesalahan kecil di rumah, termasuk lambat membancuh susu anak, mahu pun terlupa menyusun ikan dan sayur-sayuran dalam van yang digunakan suami.

Menurutnya, suasana itu menyebabkan dirinya seolah-olah menjalani kehidupan di neraka biarpun membina rumah tangga pada usia 17 tahun atas dasar suka sama dengan lelaki dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram di sini.
Mati didera siang malam

Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.

Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.

“Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.

“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.
Jenis manusia begini tidak layak hidup di zaman tamaddun. Kejadian seperti ini adalah zaman 'cannibal' dulu.

Monday, April 12, 2010

MEE BANDUNG MALAYSIA

Letih rasanya nak berbicara pasal suasana dalam negara lagi yang bersabit terus dengan politik dan politikus.  Ia bukan lagi pasal siapa yang benar dan lebih baik.  Soalannya patut berbunyi, 'siapa yang lebih kurang propaganda dan berbohong serta kurang melakukan perbuatan yang tidak baik dan menjengkelkan?'

Terlalu banyak perkara yang tidak kena yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan.  Polisi yang dijalankan berdekad dulu kini menghasilkan masyarakat yang terkeliru dan haru.  Sedih, sedih !!!

Biar saya cerita pasal mee bandung yang baru saya makan untuk makan tengahari sekejap tadi.  Bukan apa, terasa lucu juga perkara ini.

Mee Bandung Malaysia

Saya makan mee bandung Malaysia ini di kedai Mamak yang tidak berapa jauh dari pejabat saya.  Kebanyakan pekerjanya terdiri dari warga Indonesia.  Kebetulan ada beberapa orang pekerja itu berasal dari kampung yang berdekatan dengan bandar Bandung, Indonesia.  Kata salah seorang darinya yang menghantar mee itu kepada saya, "Mee seperti ini memang tidak ada di Bandung Pak."

Rupanya orang Bandung pun tidak mahu mengaku masakan mee seperti itu adalah masakan Bandung.  Mungkin juga ini dapat dijadikan satu kiasan betapa orang Malaysia sesuka hati saja melabelkan benda dan orang.