Kita orang dah balik masuk hari ketiga hari ini. Tetapi kami masih lagi 'jet lag.' Teruk pulak nampaknya, sebab malam tak dapat tidur dan siang-siang macam ni pulak yang mengantuk.
Hari ini sekadar menjengah tengok-tengok saja sekejap. Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini semasa saya pergi bercuti.
Saya sedih juga sebab beg kamera saya dikebas orang. Habis kamera dan video-cam saya hilang, termasuk juga sejumlah wang UK yang isteri saya selitkan di poket dalam beg kamera itu.
Tak tahulah kalau ada penumpang tersalah ambil. Ternyata beg saya tidak ada di tempat letak bag di ruang atas di dalam kapalterbang tu. Saya memang pasti saya letakkan baggasi bimbit kami dan beg kamera tu di ruang atas barisan tempat duduk hadapan kami saja.
Jadi lesu habis rasanya seelok sampai dan kapalterbang berhenti di KLIA dan kami dibenarkan turun. Semua penumpang-penumpang bergegas mahu segera turun. Saya dan isteri antara yang akhir turun kerana terkejut dan tercari-cari beg kamera kot ada orang yang mengubah. Tapi jelas tidak ada. Kami memberitahu kehilangan beg kepada krew. Mereka hanya dapat menasihatkan supaya kami membuat laporan di pejabat mereka.
Sampai hari ini beg kamera saya masih tidak dapat dikesan. Sepertinya sudah sah beg itu sengaja diambil orang tertentu.
Habislah segala kenangan sepanjang cuti di Eropah yang telah dirakamkan di dalam kamera dan video-cam tu. Malang sungguh nasib kami. Nampaknya segala kenangan hanya tercatit dalam minda saja. :((