Di bulan puasa ni, nampaknya banyak sangat yang rasa nak makan. Jika kita pergi ke pasar Ramdhan bertambah besar mata melihat segala macam makanan yang dijual. Macam-macam yang mahu dibeli seolah-olah perut sebesar tempayan.
Saya suka pergi ke pasar Ramadhan di Seksyen 14, Petaling Jaya. Pertamanya sebab tempat ini popular dan kedapatan banyak makanan yang saya suka. Keduanya kerana ia tidak begitu jauh dari rumah. Masaalah besarnya ialah untuk mendapat parkir.
Biasanya jika pergi tu, habis jugalah RM50. Entah apa-apa dibeli. Selepas berbuka rasa ruginya duit, sebab hampir separuhnya akan terbuang. Jika lebihannya disimpan untuk sahur pun, tiada siapa yang mau makan.
Bercakap pasal sahur, tadi pagi kita orang makan nasi goreng seafood dengan sup telur. Isteri saya buat dengan pedas yang terangkat. Bila panas-panas tu memang lagi sedap. Saya ambil gambarnya tapi kamera lama ni memang la tak boleh fokus pun. Lihat sajalah kualiti gambarnya di bawah.
Nasi Goreng Seafood