Pada ketika rakyat di utara kalut dengan musibah banjir besar dan terburuk, anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kalut dengan saga politik mereka.
Saya bukan anggota mana-mana parti politik, dan tidak teruja dengan kedudukan dan kekayaan melalui sumber kepartian ini. Tetapi saya jadi tertarik pula dengan PKR saga ini. Walaupun tak minat, tapi ikut meninjau juga! Agaknya kerana perkara ini dicanangkan dengan kuat dan meluas oleh media perdana.
Saya tahu krisis pucuk pimpinan berlaku dalam parti pemerintah sekalipun. Cuma tidak dihebuh dan gembar-gemburkan!
Saya tahu krisis pucuk pimpinan berlaku dalam parti pemerintah sekalipun. Cuma tidak dihebuh dan gembar-gemburkan!
Umpamanya Dato' Zaid Ibrahim pernah keluar UMNO dan mencabar Dato' Seri Najib dan pucuk pimpinan UMNO. Tapi selain dari kokokan sementara barisan parti pembangkang, semuanya terus reda begitu saja. Namun apabila beliau menarik diri dari pemilihan parti dan meletakkan semua jawatan parti dalam PKR ini, riuh betul bunyinya.
Memang ini saga politik di Malaysia nampaknya.