Program 'The Amazing Race Asia' musim keempat telah bermula beberapa minggu lalu. Seronok juga melihat peserta Malaysia masih merupakan antara pencabar terbaik dan berkaliber.
Ingatkan kedua-dua pasukan dari Malaysia mampu bertahan hingga ke episod dan perlumbaan akhir sekurang-kurangnya. Tapi dalam episod semalam pasukan pasangan Malaysia yang terdiri dari suami isteri dari Sarawak sudah pun tersingkir. Malang sungguh kerana walaupun suami merupakan pencabar baik, si isteri pula fobia ketinggian dan tidak cukup lasak.
Di dalam episod sama semalam, pasukan Malaysia yang satu lagi pun adalah antara peserta akhir sampai ke garaisan penamat tugasan . Mereka tersasar dan itu telah menjejaskan kedudukan mereka.
Harap-harap mereka mengambil ikhtibar dan memperbaiki kelemahan mereka. Seperti kebanyakan rakyat lainnya, saya ingin melihat mereka sampai ke garisan penamat pelumbaan keseluruhannya sebagai pemenang pertama dan juara.