Belum pun seminggu Samy Vellu membuat pengumuman untuk berundur pada bulan Januari nanti. Kini pemimpin MIC sudah pun menyatakan hasrat mereka mahu menuntut jawatan seorang menteri lagi. Inilah bahasa politik mereka.
Pelek sungguh manusia-manusia seperti mereka ini yang langsung tak ada perasaan malu. Sudahlah undi yang memenangkan MIC-BN semasa menang dulu itu adalah diatas sokongan majoriti Melayu. Kini bila sudah kalah mereka masih main ular.
Pemimpin atasan MIC berhujjah bahawa penyandang presiden MIC yang bakal menggantikan Samy Vellu nanti, iaitu Pananivel, patut diberi jawatan menteri. Alasannya ialah kerana MIC dijanjikan dua jawatan menteri dalam persefahaman ahli parti dalam BN.
Betul-betul tak malu? MIC lagi-lagi dengan mainan politik mereka.
Rakyat seluruhnya harus sedar dan insaf. Pemimpin seperti ini tidak relevan lagi.