Showing posts with label Memikir-mikir. Show all posts
Showing posts with label Memikir-mikir. Show all posts

Wednesday, November 03, 2010

LARANGAN MENYOMBONG DIRI

Saya amat tertarik dengan rencana agama menarik yang bertajuk "Larangan Menyombong Diri" dan ingin paparkan semula rencana berkenaan seperti mana disiarkan oleh akhbar.  Semoga mereka yang tak berkesempatan membacanya dapat memanafaatkan paparan dan perkongsian ini.
 
Larangan Menyombong Diri

Hadith:

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah”. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. Baginda s.a.w. bersabda,”Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan”.

Riwayat Muslim

Huraian :

1. Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup.
2. Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan.
3. Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.
Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Tuesday, March 02, 2010

TUNGGU BONUS BERGANDA

Kalau diikutkan, badan ni rasa dah letih sangat kerana hari ini memang amat penuh.  Tapi rasa nak kongsi kegembiraan melebihi rasa letih tu pula.  Jadi saya masuk jugalah ke Maya. :)

Jika anda mendengar berita, tentu anda tahu bahawa institusi dan majikan saya mendapat untung yang berlipat ganda untuk tahun kewangan terakhir ini.  Berita ini disambut dengan perasaan yang bercampur-campur kerana kaki-tangan tidak pasti apa yang akan dilakukan oleh pihak atasan.

Dulu pernah juga ada pendapatan dan keuntungan yang membanggakan, tetapi lembaga pengarah dan pihak atasan mengambil keputusan untuk kontrakan dengan kerugian tahun-tahun sebelumnya.  Kata mereka lebihan tahun berkenaan tidak cukup untuk menampung semua tanggungan yang masih tertangguh.

Jadi, walaupun keuntungan tahun kewangan akhir ini amat baik sekali, kaki-tangan bertanya-tanya sesama sendiri samaada terdengar desas-desus yang positif dari pihak atasan.  Ada yang kata mungkin jumlah bonus ditambah, dan ada yang kata mungkin ada tawaran untuk kaki-tangan membeli syer dengan harga yang istimewa.

Selagi tak ada berita resmi dari pihak atasan, sekelian kaki-tangan hanya mampu berdoa.  Semoga mereka pihak atasan bermurah hati.  Kami sekelian menunggu dengan penuh harapan.  Harap-harap ada bonus berganda nanti.

Thursday, February 11, 2010

MENDAPAT SURAT PERTUKARAN

Hari ini saya mendapat surat tawaran pertukaran ke Cawangan lain di Petaling Jaya.  Jika saya menerima, pertukaran itu efektif bermula 1 Mach nanti.  Saya memang mengharap pertukaran ke tempat lain kerana suasana kerja di sini terlalu berpuak-puak.  Tetapi nampaknya tanggung-jawap di tempat baru nanti akan menjadi lebih mencabar kerana ketua cawangannya memang orangnya aneh.

Agaknya benarlah kata orang, jangan memperlekehkan keadaan disekeliling kita kerana kita juga belum pasti dengan keadaan di tempat lain.  Mungkin kerana itu adanya peribahasa 'terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya' (ke terbalik? .. hehe).

Saya diberi tempuh seminggu untuk memberi jawapan.  Tetapi, rasanya saya mungkin menolak tawaran itu.  Cuma saya sedang memikirkan tentang alasan yang dapat mengyakinkan pihak atasan supaya masa depan saya tidak terjejas.

Thursday, February 04, 2010

DAH MULA KENDURI BALIK


Banyak orang kata di bulan Safar ni orang memang tak buat kerja-kerja kenduri kahwin kerana takut badi mala petaka dan bala.  Tetapi minggu ini saya mendapat dua undangan iaitu satu untuk ke majlis akad nikah pada hari minggu nanti dan satu lagi untuk ke majlis kenduri kahwin pada hari minggu hadapan, iaitu sebelum Hari Tahun Baru Cina.

Jadi, jelas memang ada orang yang tidak takut mengambil risiko.  Saya pun yakin, pada dasarnya, ramai orang tidak percaya dengan kenyataan 'bulan Safar ini membawa bala.'  Tetapi, tidak ramai orang mahu mengambil risiko kerana mulut orang kan tak berinsuran.  Hanya kerana ramai orang memperkatakan tentang kenyataan yang dibuat itu akan memungkinkan perkara itu benar-benar berlaku.  Memang apa yang diperkatakan adalah seperti doa; jika banyak orang memperkatakannya, iaitu jika bilangannya melebehi 40 orang, mungkin termakbul kata-kata = doa tu.  Tak begitu?

Wednesday, January 06, 2010

NAK EDIT PROFIL

Semalam tak sempat pula nak tengok blog.  Ada meeting sampai ke petang ..  Dah balik rumah, dah letih sangat pulak!

Ni sementara rehat makan, rasa nak edit profil la, terutamanya tentang gambar.  Hati masih tak berapa puas dengan hasilnya.  Nak letak gambar sendiri, lagi le buruk!  Lagi pun, susah juga, nanti kena 'sound' dengan HQ pula.

Ada 45 minit lagi ni .. Ok, nanti lihatlah hasilnya ya.