Thursday, February 04, 2010

DAH MULA KENDURI BALIK


Banyak orang kata di bulan Safar ni orang memang tak buat kerja-kerja kenduri kahwin kerana takut badi mala petaka dan bala.  Tetapi minggu ini saya mendapat dua undangan iaitu satu untuk ke majlis akad nikah pada hari minggu nanti dan satu lagi untuk ke majlis kenduri kahwin pada hari minggu hadapan, iaitu sebelum Hari Tahun Baru Cina.

Jadi, jelas memang ada orang yang tidak takut mengambil risiko.  Saya pun yakin, pada dasarnya, ramai orang tidak percaya dengan kenyataan 'bulan Safar ini membawa bala.'  Tetapi, tidak ramai orang mahu mengambil risiko kerana mulut orang kan tak berinsuran.  Hanya kerana ramai orang memperkatakan tentang kenyataan yang dibuat itu akan memungkinkan perkara itu benar-benar berlaku.  Memang apa yang diperkatakan adalah seperti doa; jika banyak orang memperkatakannya, iaitu jika bilangannya melebehi 40 orang, mungkin termakbul kata-kata = doa tu.  Tak begitu?