Hari ini saya mendapat surat tawaran pertukaran ke Cawangan lain di Petaling Jaya. Jika saya menerima, pertukaran itu efektif bermula 1 Mach nanti. Saya memang mengharap pertukaran ke tempat lain kerana suasana kerja di sini terlalu berpuak-puak. Tetapi nampaknya tanggung-jawap di tempat baru nanti akan menjadi lebih mencabar kerana ketua cawangannya memang orangnya aneh.
Agaknya benarlah kata orang, jangan memperlekehkan keadaan disekeliling kita kerana kita juga belum pasti dengan keadaan di tempat lain. Mungkin kerana itu adanya peribahasa 'terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya' (ke terbalik? .. hehe).
Saya diberi tempuh seminggu untuk memberi jawapan. Tetapi, rasanya saya mungkin menolak tawaran itu. Cuma saya sedang memikirkan tentang alasan yang dapat mengyakinkan pihak atasan supaya masa depan saya tidak terjejas.