Nampaknya memang sudah menjadi satu trend pula ni. Bila saja ada pilihanraya kecil, nanti adalah seseorang, satu kumpulan dan satu cawangan ahli-ahli sesebuah parti keluar daripada parti berkenaan.
Sekarang nampak benar semua yang keluar parti tu bukanlah dari komponen BN. Semuanya dari dari PR, dan kebanyakannya adalah daripada parti PKR.
Mereka ni seperti mencari publisiti. Publisiti murahan atau sebaliknya bergantung kepada pandangan mereka yang melihatnya. Tetapi apa yang jelas sekali mereka yang keluar, masuk dan lompat-lompat tu kebanyakkannya terdiri daripada golongan Melayu dan India.
Kenapa ya? Adakah kerana mereka senang dibeli? Atau memang benar mereka ini tidak ada pendirian, dan mudah hanyut mengikut arus?
Allah SWT juga Yang Maha Amat Mengetahui. Saya cuma sediah kerana, setiap kali perkara negatif berlaku, ia lebih melibatkan kaum bangsaku. Kekadang rasa juga malu mahu mengaku diri ini juga adalah Melayu.