Saya rasa nak komen pasal satu tajuk berita panas pada hari ini. Bukan cerita penting sangat pun, tetapi fikiran asyik duk memikir juga.
Satu Malaysia pun sudah tahu bahawa seorang pemain bolasepak handalan masakini telah mendirikan rumahtangga dengan seorang janda yang jauh darinya. Pasangan sensasi Mohd Aidil Zafuan dengan dramatis Rita Rudiani telah didenda kerana bernikah di Thailand tanpa kebenaran. Di atas kesalahan itu mereka hanya didenda masing-masing sebanyak RM500 atau 15 hari penjara.
Hukumannya tidak setimpal dengan wang penyelenggaran kes pun. Jumlahnya terlalu amat kecil. Mana la ada ciri-ciri sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat ataupun kepada orang lain.
Tetapi apa yang lebih menarik kepada saya ialah betapa hebatnya penangan mak janda Rita Rudiani tu kepada seorang jejaka yang hampir 12 tahun lebih muda darinya. Sanggup si Zafuan itu membelakangkan ibu bapa dan keluarganya kerana mengikut kata hati. Adakah kerana pada hematnya, si Rita adalah calon isteri terbaik? Atas ciri-ciri apa ya?