Heboh pula sana sini pasal kerajaan BN menghalalkan judi bertaruh, selepas Syarikat Ascot Sports Sdn Bhd milik Tan Sri Vincent Tan mendapat lesen semula selepas lesen mereka digantung pada tahun 2004 dulu. Mengikut perancangan, semuanya akan disalurkan kepada Berjaya Group yang juga milik pemilik yang sama.
Sebenarnya menghalalkan judi bukan perkara baru. Kita ada pelbagai syarikat-syarikat judi halal yang gah seperti Magnum. Sports Toto pun satu saluran judi juga. Begitu ramai Melayu Islam turut berbaris untuk membeli nombor Magnum dan bermain Toto bertahun-tahun sejak era Tun Mahathir dan sebelumnya lagi.
Kenapa sekarang sudah ada yang celek dan baru sedar yang kerajaan BN telah memberi banyak lesen judi ke? Mungkin bagus juga. Tak payahlah terlampau banyak sangat tipu muslihat dan sandiwara yang mejengkelkan.
Bila Awang Adek mengumumkan cadangan untuk menghalalkan pertaruhan sukan, ramai lantang bersuara menentang. Tapi dalam suara-suara ramai membantah, kerajaan telah pun meluluskan untuk 'menghalalkan' pertaruhan sukan ini. Lawak pulak rasanya. Tertipu rakyat jelata.
Kalau ada marah pun, sekejap je nanti reda la. Semua media arus perdana dan Astro pun sudah dikekang supaya mengikut arahan. Sejuk dan reda marah karang, aman le balik.
Apa mereka peduli dengan suara-suara protes dari parti-parti dan puak yang membangkang. BN ada majoriti yang cukup untuk menepis segala usaha untuk membetulkan keadaan. Rakyat senang saja dilalaikan.
Di mana suara PERKASA? Ibrahim Ali pun dah terkedu agaknya! Atau pun saja pura-pura tak dengar dan tak nampak!