Tuesday, February 09, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH


Setelah setahun berlalu, keputusan Mahkamah Persekutuan telah meletakkan titik noktah kepada kemelut tapuk kemimpinan di negeri Perak. Saya petik berita terkini itu di bawah:
Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah

2010/02/09 PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR selepas berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Di dunia ini kita terpaksa akur kepada keputusan Mahkamah apabila mana kita memohon kehakiman melalui proses undang-undang.  Keadilan ini adalah mengikut peruntukan kanun yang digubal oleh manusia.

Seeloknya tak usah lagi bersuara macam-macam yang akan hanya membawa kepada ketegangan yang berterusan.  Pasrah sajalah kerana segalanya yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.  Sekarang ini semua pihak, samada yang terlibat secara langsung atau yang berkaitan kerana ikatan parti, harus mencari punca kelemahan dan kekuatan untuk membina kelebihan yang jauh lebih utuh di masa akan datang.