Saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan Salam Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW. Semalam lagi nak buat entry tapi 'internet drag' pula. Selepas dah OK, rasa mengantuk sangat. Hari ini pula saya terlibat dengan perarakan sektor bank tu. Selepas selesai perarakan, dah dekat waktu solat Jumaat. Setelah balik dari solat Jumaat tu, makan tengahari dan terus tidur kerana keletihan .. :)
Agaknya badan pun sudah memberi isyarat bahawa umur sebegini dah kena pilih aktiviti yang hendak disertai. Ya la, jauh juga perarakan tu, ada lebih lima batu rasanya. Masih berdenyut-denyut perut betis ni!
Semasa ucapan-ucapan tu pun bukannya dengar sangat. Masing-masing dengan perbualan sendiri saja. Betul juga kata sesetengah orang tu. Banyak lagi cari lain yang mungkin lebih baik. Rasanya berkumpul dengan acara dalaman sahaja pun bagus juga.
Apapun, satu pengalaman lagilah untuk saya. Sekiranya panjang umur, tahun hadapan saya nak menarik diri awal-awal lagi. Nanti sambut secara tersendiri sajalah seperti berbanyak selawat dan berzikir. Ini bila dah letih begitu, kita berehat pula sampaikan tertidur. Sedar-sedar hari dah lewat petang.