Friday, February 26, 2010

MAULIDUR RASUL


Saya mengambil kesempatan ini untuk turut mengucapkan Salam Maulidur Rasul Nabi Muhammad SAW. Semalam lagi nak buat entry tapi 'internet drag' pula. Selepas dah OK, rasa mengantuk sangat. Hari ini pula saya terlibat dengan perarakan sektor bank tu. Selepas selesai perarakan, dah dekat waktu solat Jumaat. Setelah balik dari solat Jumaat tu, makan tengahari dan terus tidur kerana keletihan .. :)

Agaknya badan pun sudah memberi isyarat bahawa umur sebegini dah kena pilih aktiviti yang hendak disertai. Ya la, jauh juga perarakan tu, ada lebih lima batu rasanya. Masih berdenyut-denyut perut betis ni!

Semasa ucapan-ucapan tu pun bukannya dengar sangat. Masing-masing dengan perbualan sendiri saja.  Betul juga kata sesetengah orang tu.  Banyak lagi cari lain yang mungkin lebih baik.  Rasanya berkumpul dengan acara dalaman sahaja pun bagus juga.

Apapun, satu pengalaman lagilah  untuk saya.  Sekiranya panjang umur, tahun hadapan saya nak menarik diri awal-awal lagi.  Nanti sambut secara tersendiri sajalah seperti berbanyak selawat dan berzikir.  Ini bila dah letih begitu, kita berehat pula sampaikan tertidur.  Sedar-sedar hari dah lewat petang.

Wednesday, February 24, 2010

MENCURI WANG DI ATM

Selepas semua yang mengambil cuti panjang sempena Tahun Baru Cina balik bekerja, jadi riuh pula ofis.  Terlalu banyak kerja pula yang mesti dilaksanakan.  Waktu rehat dan solat pun terpaksa dipendekkan.  Tekejar-kejar semua kaki-tangan.  Petang ini barulah berkelapangan sikit.  Saya nak bicara tentang taktik kes penipuan ATM yang terkini.

Seperti mana kita tahu akal fikiran dan minda manusia dianugerahkan untuk melakukan kebaikan dan kebajikan. Tetapi, sekarang ini para kriminal ternyata menggunakan kepintaran untuk melakukan segala macam jenayah yang menyusahkan dan membahayakan orang lain. Di antara kepintaran negatif terkini ialah mencuri wang kepunyaan orang lain melalui teknik tukaran kad ATM.

Dalam sekelip mata saja pelanggan bank boleh kehilangan ribuan ringgit. Dalam sehari, satu akaun boleh kehilangan sekurang-kurangnya RM3,000 untuk had traksaksi ATM tradisi (lama), atau RM5,000 jika sudah diselenggara ubah-naik had keluaran ke kadar maksima satu hari. Sekiranya perkara itu tidak disedari oleh pemiliknya untuk suatu tempuh waktu, wang simpanan akaun berkenaan boleh dihabiskan dalam masa yang singkat saja. Ternyata, pelanggan yang tertipu dengan cara ini boleh kehilangan seluruh wang di akuan mereka jika lambat menyedarinya.

Saya sebagai salah seorang pegawai bank telah diberitahu tentang ujudnya taktik menipu yang terbaru ini. Modus operandinya kelihatan amat mudah sekali. Pencuri-pencuri hanya menarik minat sesaat pemegang akaun dan kad ATM. Mengikut fakta, ada pencuri berkenaan berkerja secara berkumpulan kecil terdiri dari dua atau tiga orang di mana salah seorang darinya adalah seorang wanita.

Sasaran mangsa ialah mereka yang sedang membuat pengeluaran wang di ATM. Salah seorang anggota pencuri itu akan menabur beberapa keping wang kertas RM 1 atau RM 10 di lantai berdekatan mangsa yang sedang membuat transaksi. Kemudian, anggota wanitanya akan menarik perhatian pemegang akaun berkenaan tentang wang yang bertaburan di lantai yang kononnya jatuh atau milik beliau.

Sementara itu salah seorang lain akan curi-curi melihat nombor PIN semasa pemegang akaun berkenaan mula membuat transaksi. Jadi di dalam kekalutan itu, mereka sudah mendapat nombor PIN dan mereka juga menarik keluar kad ATM pemegang berkenaan. Kad ATM milik orang lain, kemungkinan milik mangsa terdahulu, akan diletak di ruang kad untuk menggantikan kad yang mereka tarik keluar. Kemudian mereka segera menghilang.

Apabila pemegang akaun berkenaan menghadapi ATM semula, beliau tidak terperasan apa yang telah berlaku kerana wang dikeluarkannya tidak diambil dan kad ATM juga masih ada. Mangsa akan terus mengambil wang yang dikeluarkan serta juga kad kepunyaan orang lain itu dan terus saja beredar.

Sekiranya kebetulan pemegang akaun berkenaan membuat transaksi berikutnya dan di situ juga, tentulah beliau akan segera sedar bahawa kad ATM yang ada bukan milikinya.  Tentu juga tindakan segera dan sewajarnya dapat diambil untuk mencegah salah penggunaan kad ATM berkenaan.  Tetapi memang itu jarang sekali berlaku.

Jika pemegang akaun berkenaan tidak membuat transaksi untuk tempuh waktu yang lebih dari sehari dua, tentunya beliau terus tidak sedar bahawa kad ATMnya sudah dicuri dan digunakan untuk mengeluarkan baki wangnya. Beliau hanya akan sedar apabila beliau cuba membuat transaksi baru selepas itu. Ketika itu barulah akan terbongkar segalanya.

Kita terpaksa lebih berhati-hati kerana pencuri, perompak dan semua penjenayah akan sentiasa mencuba pelbagai cara untuk berada sekurang-kurangnya setapak dahulu dari kita. Mereka sentiasa mencari akal, sementara kita pula sering lalai.

Sunday, February 21, 2010

SELAGI NAMANYA MANUSIA


Semalam Bernama membawa berita tentang serbuan awal pagi di sebuah pusat hiburan di Tanjung Malim, Perak.  Hari ini beritanya tersibar melalui media, khususnya akhbar-akhbar arus perdana.  Apa yang lebih menarik perhatian ialah tentang terdapat anggota polis dan guru di antara 44 orang yang  yang ditahan kerana memiliki dan/atau positif dadah.

Nak dikatakan berita ini memeranjatkan kita, saya yakin tidak juga.  Pada saya, berita ini memperkuatkan hujjah bahawa memang terdapat di kalangan pemegang amanah dan penjawat awam yang mengkhianati amanah yang diberikan.  Kita sering dengar dakwaan bahawa ramai pegawai-pegawai polis yang rasuah, memeras dan tidak bermoral serta juga dakwaan bahawa terdapat guru-guru yang berkelakuan tidak bermoral dan rendah budi.

Dalam operasi  di awal pagi itu, empat orang anggota polis telah di tahan kerana berada di pusat berkenaan ketika serbuan dibuat.  Salah seorang dari mereka disahkan positif dadah sementara tiga anggota polis lain itu bakal berhadapan dengan tindakan disiplin.  Sekurang-kurang mereka mesti mengemukakan surat tunjuk sebab berhubung tujuan mereka berada di pusat hiburan berkenaan pada ketika serbuan dibuat.

Guru yang turut ditahan itu berusia 27 tahun dan adalah seorang tenaga pengajar di Sekolah Kebangsaan Trolak.  Beliau didapati memiliki dadah ecstacy.  Turut ditahan bersama di dalam serbuan itu ialah dua lagi lelaki termasuk pengurus pusat hiburan tersebut kerana memiliki dan menjual dadah kepada pengunjung pusat hiburan tersebut.

Diberitakan juga, polis telah mengesan taktik pengunjung pusat itu yang membawa sampel air kencing dari luar yang dipercayai bebas dadah.  Ia bertujuan untuk digunakan jika dan semasa serbuan dibuat.  Mungkin juga langkah sedemikian diambil kerana pusat hiburan itu pernah diserbu sebelum itu.  Mengikut sumber berita ini, pusat berkenaan telah diserbu oleh polis dari IPD Tanjung Malim pada 13 dan 16 Februari lalu dan telah berjaya menahan tiga pengunjung yang juga disahkan positif dadah.

Itulah hakikatnya.  Insan memang sukar insaf dan serik.  Selagi namanya manusia, gejala-gejala seperti ini akan terus berlaku.  Sesekali ceritanya akan menjadi berita panas dan menghiasi dada akhbar.  Kanun dan undang-undang yang ada serta perlaksanaannya tidak berupaya untuk menangani gejala berkenaan.  Malah ada pesalah-laku yang berulang kali melakukannya.  Pesalah yang pasti tidak akan mengulangi kesalahan yang sama adalah mereka yang telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati.

Thursday, February 18, 2010

WHAT AN INSANITY!

This was indeed a distardly act. I just could not comprehend why this wacko did what he has done. There was no sense or justification at all for doing so.  I quote part of the news below for your consumption:

Angry man crashes plane into Texas tax building

AUSTIN (Texas): A software engineer furious with the U.S. tax agency launched a suicide attack on it Thursday by crashing his small plane into an office building housing nearly 200 federal tax employees, setting off a raging fire that sent workers running for their lives.

Emergency crews recovered two bodies from the wreckage. The pilot was presumed dead and one worker in the building had been missing. Austin Fire Department Battalion Chief Palmer Buck declined to discuss the identities of those found, but said Thursday night that authorities had “accounted for everybody.”

The FBI tentatively identified the pilot as Joseph A. Stack, 53. Law enforcement officials, speaking on condition of anonymity because the investigation was still going on, said that before taking off, Stack apparently set fire to his house and posted a long anti-government rant on the Web. It was dated Thursday and signed “Joe Stack (1956-2010).”

In it, the author cited run-ins he had with the Internal Revenue Service and ranted about the tax agency, government bailouts and corporate America’s “thugs and plunderers.”

“I have had all I can stand,” he wrote, adding: “I choose not to keep looking over my shoulder at ‘big brother’ while he strips my carcass.”

The pilot took off in a single-engine Piper Cherokee from an airport in Georgetown, about 30 miles (48km) from Austin, without filing a flight plan. He flew low over the Austin skyline before plowing into the side of the hulking, seven-story, black-glass building just before 10 a.m. with a thunderous explosion that instantly stirred memories of Sept. 11.
What an insanity!  Destroying and killing yourself is already bad enough.  He also destroyed public property  in the most nightmarish and gruesome manner.

Sunday, February 14, 2010

MENUKAR WAJAH


Terlebih dulu saya nak mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia yang berketurunan Cina.  Katanya tahun harimau ni menjanjikan beberapa kebaikan.  Semoga segala kebaikan itu melimpah kepada kita semua juga, insya Allah.

Ramai orang pergi bercuti ke sana sini.  Saya mulanya ingat nak pergi bersama keluarga ke Cherating tapi katanya tempahan dah penuh.  Jadi rasanya saya nak membawa keluarga pergi ke berkelah ke Port Dickson saja besok.

Sementara tak ada apa sangat nak buat, saya cuba-cuba menghias laman.  Bukan apa, ada beberapa kawan memberi komen bahawa gambar hiasan utama dulu tu ada rupa seperti ketulan najis yang keras.  Padahal itu adalah salah satu mercu tanda termuka di USA.  Tapi memang iya juga, bila sekali pandang adalah rupa seperti yang dikatakan tu.

Saya mendapat gambar kaliligrafi kalimah 'Allah' melalui khidmat 'google' yang kelihatan agak cantik.  Saya cuba memenuhi ruang lebar tapi dah jadi meleper dan tak cantik pula.  Lama juga mencuba, akhirnya beginilah hasilnya.  Biar begitu saja dulu.  Jika dapat diperbaiki, saya akan lakukan kemudian. nanti.

Thursday, February 11, 2010

MENDAPAT SURAT PERTUKARAN

Hari ini saya mendapat surat tawaran pertukaran ke Cawangan lain di Petaling Jaya.  Jika saya menerima, pertukaran itu efektif bermula 1 Mach nanti.  Saya memang mengharap pertukaran ke tempat lain kerana suasana kerja di sini terlalu berpuak-puak.  Tetapi nampaknya tanggung-jawap di tempat baru nanti akan menjadi lebih mencabar kerana ketua cawangannya memang orangnya aneh.

Agaknya benarlah kata orang, jangan memperlekehkan keadaan disekeliling kita kerana kita juga belum pasti dengan keadaan di tempat lain.  Mungkin kerana itu adanya peribahasa 'terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya' (ke terbalik? .. hehe).

Saya diberi tempuh seminggu untuk memberi jawapan.  Tetapi, rasanya saya mungkin menolak tawaran itu.  Cuma saya sedang memikirkan tentang alasan yang dapat mengyakinkan pihak atasan supaya masa depan saya tidak terjejas.

Tuesday, February 09, 2010

KEPUTUSAN MAHKAMAH


Setelah setahun berlalu, keputusan Mahkamah Persekutuan telah meletakkan titik noktah kepada kemelut tapuk kemimpinan di negeri Perak. Saya petik berita terkini itu di bawah:
Dr Zambry Menteri Besar Perak yang sah

2010/02/09 PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak selepas Mahkamah Persekutuan hari ini mengisytiharkan bahawa pelantikan beliau yang dibuat oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah sah mengikut Perlembagaan.

Panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff membuat keputusan sebulat suara bahawa Sultan Azlan Shah menggunakan bidang kuasa baginda untuk melantik Zambry bagi menggantikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada pakatan DAP-Pas-PKR selepas berpuas hati bahawa Mohammad Nizar tidak lagi menikmati kelebihan undi dalam Dewan Undangan negeri.

Turut bersidang bersama Alauddin ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria serta Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Wira Ghazali Mohd Yusof dan Datuk Abdull Hamid Embong.
Di dunia ini kita terpaksa akur kepada keputusan Mahkamah apabila mana kita memohon kehakiman melalui proses undang-undang.  Keadilan ini adalah mengikut peruntukan kanun yang digubal oleh manusia.

Seeloknya tak usah lagi bersuara macam-macam yang akan hanya membawa kepada ketegangan yang berterusan.  Pasrah sajalah kerana segalanya yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.  Sekarang ini semua pihak, samada yang terlibat secara langsung atau yang berkaitan kerana ikatan parti, harus mencari punca kelemahan dan kekuatan untuk membina kelebihan yang jauh lebih utuh di masa akan datang.

Thursday, February 04, 2010

DAH MULA KENDURI BALIK


Banyak orang kata di bulan Safar ni orang memang tak buat kerja-kerja kenduri kahwin kerana takut badi mala petaka dan bala.  Tetapi minggu ini saya mendapat dua undangan iaitu satu untuk ke majlis akad nikah pada hari minggu nanti dan satu lagi untuk ke majlis kenduri kahwin pada hari minggu hadapan, iaitu sebelum Hari Tahun Baru Cina.

Jadi, jelas memang ada orang yang tidak takut mengambil risiko.  Saya pun yakin, pada dasarnya, ramai orang tidak percaya dengan kenyataan 'bulan Safar ini membawa bala.'  Tetapi, tidak ramai orang mahu mengambil risiko kerana mulut orang kan tak berinsuran.  Hanya kerana ramai orang memperkatakan tentang kenyataan yang dibuat itu akan memungkinkan perkara itu benar-benar berlaku.  Memang apa yang diperkatakan adalah seperti doa; jika banyak orang memperkatakannya, iaitu jika bilangannya melebehi 40 orang, mungkin termakbul kata-kata = doa tu.  Tak begitu?