Friday, April 30, 2010

IGP DAH KENA BERSARA

Sudah banyak insiden dan kes yang menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM).  Dengan kejadian terakhir di mana seorang anak remaja mati ditembak polis, Ketua polis Negara, Tan Sri Musa Hassan (IGP) dah kelihatan bertambah melalut juga.  dalam orang ramai menjerit minta penjelasan dan pembelaan, beliau pula minta orang ramai supaya berlaku adil kepada polis.

Saya amat bersetuju dengan saranan pemimpin PR yang menggesa supaya IGP berundur dari jawatan itu bagi memulihkan imej PDRM.  Jelas imej PDRM ini semakin tercalar ekoran insiden pada hari Isnin yang baru lepas.

Beliau sudah disambung kontrak lebih dari sekali selepas beliau bersara wajip.  Produktiviti dah menurun dan fokus pun semakin pupus.  Faktor usia mungkin penyebabnya.

Apapun, elok sangatlah beliau terus bersara sekarang saja.  Bersara sajalah sebelum imej PDRM terus merudum lebih jauh ke bawah, dan sebelum kredibiliti beliau sendiri terus tercalar dengan lebih serius lagi.  Bak kata orang, 'dah sampai masanya.'

Wednesday, April 28, 2010

MIC MENANG LAGI

Sahihlah ada persafahaman dan perjanjian semasa BN menurunkan Kamalanathan sebagai calun di Hulu Selangor tempuhari.  Senangnya manusia berkompromi.

Hari ini Palanivel dari MIC dan Ezam dari UMNO diberitakan mengangkat sumpah sebagai senator.  Berbaloi buat MIC kerana hari ini mereka menang lagi.  UMNO dibujuk dengan perlantikan Ezam.  Adakah keduanya akan menuju ke dalam kabinet pula?  Dengarnya seperti itulah.

Saya tersenyum sendiri melihat perkembangan ini.  Satu ketika Ezam berapi mengutuk Dato Sri Najib dan mencabarnya.  Hari ini dia sudah rujuk.  Apa yang diludah sudah dijilat kembali.

Inilah politik sebenarnya.  Saya teringat kata-kata Tun Mahathir suatu ketika dulu.  Antara lain maksudnya ialah, 'dalam politik tidak ada yang pelik dan mustahil ... arini lawan, besok kawan.'  Semudah itu mereka boleh berpusing.

Sunday, April 25, 2010

ADUH! BN YANG MENANG

Saya ni bukan penyokong tegar mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat.  Tetapi di waktu yang sama saya sudah naik muak sangat dengan segala tindak tanduk BN yang menjadi semakin rakus dan berpendirian terbelakang.

Tapi semuanya adalah ketentuan Illahi.  Jadi kita harus akur.  Jika selepas ini keadaan semakin bertambah memburuk dan memualkan, mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung adalah bertanggung-jawap sepenuhnya.

DEBARAN PILIHANRAYA

Tak sabar pula menunggu keputusan pilihanraya di Hulu Selangor.  Macam saya terlibat secara langsung pulak gayanya.  Agaknya itu penangan gelombang politik di negara ketika ini.

Katanya keputusan tak resmi sudah pun ada.  Tapi keputusan resmi belum diumumkan juga lagi.  Buat kita bertambah gelisah saja!

Thursday, April 22, 2010

THE TRUTH IS .....

Only Allah The Almighty know best. Come Sunday, people in Hulu Selangor will go to the poll again.   Later in the evening the result would be known.

But up to last night, the PM, Dato' Sri Najib had this to say, "Barisan will rise again."  However, he went on to say that in order to achieve that, the Barisan election machinery had to work hard and cut down on unproductive work.

“Work more, sleep less and talk less. This is not just about another parliamentary seat but about charting support and direction for the country,” he said in his speech at a dinner held at the coalition’s main command centre in Bukit Sentosa.

There was a crowd of like more than a thousand people there.  However, they were later identified as BN's Hulu Selangor by-election workers who had gathered to welcome Najib, who in turn also met the BN’s candidate P. Kamalanathan for the first time since he was picked to contest.

Najib also made a remark that PKR's candidate, Dato' Zaid was an UMNO reject.  But the truth is Zaid resigned from all UMNO-related posts before he was finally sacked because he appeared at PR coalition's gathering.  The whole world knew the truth.  Those who said otherwise are either in denial, or are blatantly arrogant.

What do we make out of all these untruthfulness being told publicly?  Everybody is entitled to their own opinion.

Sunday, April 18, 2010

TERPAKSA BELI HP BARU

Akhirnya, handfon (hp) saya dah tamat hayatnya.  Sudah lama juga saya duduk tunda untuk membeli hp baru.  Hari ini, tiba-tiba terus kojol.

Mahu tak mahu, hari ini terpaksa jugalah pergi untuk membeli hp baru.  Anak saya bawa pergi  ke kompleks membeli-belah, ke cawangan Nokia dan satu lagi agen yang menjual jenama-jenama lain termasuk yang semakin popular sekarang ini iaitu jenama 'HTP' tu.

  Sebahagian Hanfon Nokia

Saya minta ambil gambar-gambar hp yang dipamirkan.  Ada banyak lagi di dalam 'show case' tapi saya tunjukkan sebahagian ini saja.

Harga hp yang canggih sikit pun dah melebehi harga RM 1000.  Yang murah tu ialah hp yang ada fungsi asas dan biasa saja.

Saya hendak membeli hp yang sederhana, tapi anak pula suruh beli yang ada pelbagai fungsi dan agak canggih.  Selepas dekat dua jam juga mencuba Nokia model itu dan ini, jenama Sony dan HTP, akhirnya beli jugalah yang canggih sedikit.  Selamat jugalah RM 3000 hari ini.  Apa nak buat!

Thursday, April 15, 2010

PERBUATAN BINATANG!

Jelas sekali memang ada banyak yang tidak kena dengan sistem pendidikan dan masyarakat kita.  Jika sistem pendidikan dan nilai masyarakat kita di landasan yang betul, peristiwa membuang bayi dan  penderaan melampau terhadap kaum dan kanak-kanak yang lemah akan menjadi kes yang jarang sekali berlaku.

Akhir-akhir ini, hampir setiap hari, ada saja berita yang menyayat hati kerana kekejaman manusia.  Ada bayi yang mati terbuang, anak yang meninggal kerana didera dan isteri menderita kerana sifat suami yang panas baran dan kebinatangan.

Hari ini saja dua peristiwa yang amat sedih dimuatkan di muka depan akhbar.  Saya petik secebis berita-berita berkenaan di bawah:
Kena sebat setiap hari

“Setiap kali naik angin, suami mencapai apa sahaja barang bersebelahannya termasuk tali pinggang, pasu bunga, botol susu anak atau kunci rumah untuk memukul saya.

“Bayangkan, jika anak menangis, saya terpaksa bersedia menerima hukumannya hingga mengakibatkan saya lebam dan alami kecederaan di punggung serta anggota badan lain,” katanya.

Menurut Zarimah, kejadian sama berulang sekiranya dia melakukan kesalahan kecil di rumah, termasuk lambat membancuh susu anak, mahu pun terlupa menyusun ikan dan sayur-sayuran dalam van yang digunakan suami.

Menurutnya, suasana itu menyebabkan dirinya seolah-olah menjalani kehidupan di neraka biarpun membina rumah tangga pada usia 17 tahun atas dasar suka sama dengan lelaki dari Felda Ulu Tebrau, Ulu Tiram di sini.
Mati didera siang malam

Misteri jeritan sayu diselangi tangisan kanak-kanak pada lewat malam yang menghantui penduduk sebuah pangsapuri di sini sejak hampir sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas seorang budak perempuan berusia tiga tahun ditemui mati didera, pagi semalam.

Penderitaan kanak-kanak malang itu, Lee Swee Hui, berakhir selepas mangsa yang dipercayai dipukul teruk, selain kepalanya dihentak pada dinding, mati di rumahnya di Pangsapuri Bayu, Taman Sri Serdang 8, di sini.

Lebih mengejutkan apabila mangsa dipercayai dipukul saban hari oleh bapa tiri dan ibu kandungnya tanpa mengira siang atau malam.

“Siasatan lanjut menemui pelbagai kesan lebam dan kecederaan pada tubuh mangsa menyebabkan doktor bertugas mengesyaki kanak-kanak itu mati akibat didera.

“Susulan itu, satu laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa yang berusia 27 tahun diberkas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan awal terdapat lebih 30 kesan lebam dan kecederaan serius pada tubuh dan muka mangsa.
Jenis manusia begini tidak layak hidup di zaman tamaddun. Kejadian seperti ini adalah zaman 'cannibal' dulu.

Monday, April 12, 2010

MEE BANDUNG MALAYSIA

Letih rasanya nak berbicara pasal suasana dalam negara lagi yang bersabit terus dengan politik dan politikus.  Ia bukan lagi pasal siapa yang benar dan lebih baik.  Soalannya patut berbunyi, 'siapa yang lebih kurang propaganda dan berbohong serta kurang melakukan perbuatan yang tidak baik dan menjengkelkan?'

Terlalu banyak perkara yang tidak kena yang telah dilakukan oleh pucuk pimpinan.  Polisi yang dijalankan berdekad dulu kini menghasilkan masyarakat yang terkeliru dan haru.  Sedih, sedih !!!

Biar saya cerita pasal mee bandung yang baru saya makan untuk makan tengahari sekejap tadi.  Bukan apa, terasa lucu juga perkara ini.

Mee Bandung Malaysia

Saya makan mee bandung Malaysia ini di kedai Mamak yang tidak berapa jauh dari pejabat saya.  Kebanyakan pekerjanya terdiri dari warga Indonesia.  Kebetulan ada beberapa orang pekerja itu berasal dari kampung yang berdekatan dengan bandar Bandung, Indonesia.  Kata salah seorang darinya yang menghantar mee itu kepada saya, "Mee seperti ini memang tidak ada di Bandung Pak."

Rupanya orang Bandung pun tidak mahu mengaku masakan mee seperti itu adalah masakan Bandung.  Mungkin juga ini dapat dijadikan satu kiasan betapa orang Malaysia sesuka hati saja melabelkan benda dan orang.

Thursday, April 08, 2010

PELIK DAN MEMUALKAN

Saya rasa muak dengan jawapan yang tidak menjawap soalan.  Jika di dalam peperiksaan, penuntut yang menjawap kertas peperiksaan dengan tidak menepati kehendak soalan akan gagal di dalam peperiksaan.

Nampaknya semakin lama semakin malang nasib rakyat Malaysia.  Cuba baca dahulu petikan berita dari Bernama di bawah ini:
APCO Dibayar Mengikut Program Komunikasi: Nazri

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, firma perunding Apco Worldwide akan dibayar mengikut program komunikasi yang dilaksanakan seperti ditetapkan.

Beliau berkata, jumlah pembayaran kontrak sebenarnya hanya dapat ditentukan selepas kontrak-kontrak tersebut tamat dan ia diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai jumlah pembayaran kepada Apco serta kementerian mana yang menanggung kos tersebut.

Menjawab soalan mengenai jumlah kos yang dibelanjakan oleh setiap kementerian yang berkaitan dengan program 1Malaysia, Mohamed Nazri berkata, jumlah kos program 1Malaysia ditentukan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan.
Saya amat kecewa dan mual dengan jawapan dari seorang pemimpin seperti ini.  Pelik sungguh bunyinya cara pentadbiran negara.

Jika pembayaran akan dibuat mengikut program seperti mana dijadualkan, maknanya sudah ada jumlah kontraknya ditetapkan.  Sungguh tidak professional jika bilangan program keseluruhannya tidak ditetapkan kerana ia membawa maksud tidak ada perancangan dan kawalan tentang kos dan kewangan negara.

Sekalipun program berkenaan dijalankan oleh kementerian dan agensi kerajaan, jumlah peruntukan keselurahan mestilah mengikut budget dari wang negara, wang rakyat..  Setiap perbelanjaan pula mestilah dengan kelulusan dari Kementerian Kewangan.  Jadi kenapa Menteri tidak dapat menyatakan jumlah kos yang diperuntukan, dan berapa banyak pula yang telah dibelanjakan setakad ini!

Tuesday, April 06, 2010

KES MENTAL


Mengikut berita yang tersiar di muka depan akhbar Harian Metro hari ini, seorang ibu mengalami tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan.  Ini termasuklah tekanan beliau baru saja melahirkan seorang anak cacat pada 26 Mach lalu.  Dalam keadaan dirinya yang masih dalam pantang itu, beliau bertindak ganas di mana beliau telah menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka sedang nyenyak tidur.  Kejadian dikatakan berlaku di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.

Kanak-kanak yang menjadi mangsa masing-masing berusia 10 dan 8 tahun.  Mereka cedera di bahagian belakang badan akibat tikaman ibu mereka sendiri itu dan terpaksa menerima beberapa jahitan. Nasib baik juga mereka tidak terus terkorban.

Kalau manusia sudah tidak siuman, pelbagai perkara mereka boleh lakukan. Sedih betul membaca kes dua beradik yang ditikam ini.

Saudara mara dan sahabat handai atau pun orang-orang yang mengenali mereka sudah tahu tentang kes mental pesakit ini.  Suaminya sendiri sedia maklum tentang kes beliau yang pernah dirawat kerana sakit mental itu.

Kenapa mereka tidak mengambil tindakan yang tidak akan memungkinkan perkara yang telah dilakukannya itu.  Suaminya itu seorang jurutera, orang yang berpelajaran lagi!  Kes mental bukan sesuatu yang remeh!

Sunday, April 04, 2010

TAK ADA 'COVERAGE ' F1

Buat cerita gempaq sana sini tentang Malaysia sudah pun ada pasukan F1 sendiri. Air Asia digalaskan dengan tanggung-jawap mempromosi Malaysia melalui acara sukan berprestij ini.  Keluar duit ratusan juta Ringgit dan aggresif mencari penganjur besar.  Gah bukan main lagi.

Tapi bila upacara F1 GP Malaysia sendiri berlansung di Litar Antarabangsa Sepang tak ada liputan.  Lansung tak ada siaran secara terus-menerus di media elektronik, melainkan di stesyen TV berbayar Astro.

Apa hal ye?  Dulu-dulu tu setidak-tidaknya ada juga TV3 dan TV2 buat liputan secara langsung bila ada acara perlumbaan F1 di Malaysia.  Kemudian ada siaran tertunda untuk perlumbaan F1 di tempat-tempat lain di seluruh dunia.  Nampak seperti menapak ke belakang pulak!

Friday, April 02, 2010

AL FATIHAH - SEMOGA DICUCURI RAHMAT

Al Fatihah.  Saya juga ingin turut merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.  Semoga Allahyarham diberkati dengan mendapat pengampunan di atas segala dosa-dosanya dan rohnya dicucuri rahmat yang terbaik.

Sedih mendengar dan melihat berita tentang penyakit dan pengkebumiannya di Astro Awani tadi.  Kini jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kepong, Kuala Lumpur.

Pengacara No 1, Aznil Hj Nawawi sempat berpesan kepada kita bahawa seekor nyamuk boleh membunuh dengan izin Allah.  Apapun sebabnya, apabila sampai masanya, nyawa akan tercerai dari jasad.  Itu janji Allah SWT.

Itu juga peringatan untuk kita semua.  Sesungguhnya kita semua adalah hak Allah SWT dan dunia ini hanyalah tempat persinggahan saja.  Jadi kita mesti memanafaatkan masa sebaiknya dengan memperbaiki diri, iman dan taqwa.