Saya rasa muak dengan jawapan yang tidak menjawap soalan. Jika di dalam peperiksaan, penuntut yang menjawap kertas peperiksaan dengan tidak menepati kehendak soalan akan gagal di dalam peperiksaan.
Nampaknya semakin lama semakin malang nasib rakyat Malaysia. Cuba baca dahulu petikan berita dari Bernama di bawah ini:
APCO Dibayar Mengikut Program Komunikasi: Nazri
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, firma perunding Apco Worldwide akan dibayar mengikut program komunikasi yang dilaksanakan seperti ditetapkan.
Beliau berkata, jumlah pembayaran kontrak sebenarnya hanya dapat ditentukan selepas kontrak-kontrak tersebut tamat dan ia diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulisnya bagi menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang ingin tahu mengenai jumlah pembayaran kepada Apco serta kementerian mana yang menanggung kos tersebut.
Menjawab soalan mengenai jumlah kos yang dibelanjakan oleh setiap kementerian yang berkaitan dengan program 1Malaysia, Mohamed Nazri berkata, jumlah kos program 1Malaysia ditentukan oleh kementerian dan agensi kerajaan yang berkenaan.
Saya amat kecewa dan mual dengan jawapan dari seorang pemimpin seperti ini. Pelik sungguh bunyinya cara pentadbiran negara.
Jika pembayaran akan dibuat mengikut program seperti mana dijadualkan, maknanya sudah ada jumlah kontraknya ditetapkan. Sungguh tidak professional jika bilangan program keseluruhannya tidak ditetapkan kerana ia membawa maksud tidak ada perancangan dan kawalan tentang kos dan kewangan negara.
Sekalipun program berkenaan dijalankan oleh kementerian dan agensi kerajaan, jumlah peruntukan keselurahan mestilah mengikut budget dari wang negara, wang rakyat.. Setiap perbelanjaan pula mestilah dengan kelulusan dari Kementerian Kewangan. Jadi kenapa Menteri tidak dapat menyatakan jumlah kos yang diperuntukan, dan berapa banyak pula yang telah dibelanjakan setakad ini!