Sahihlah ada persafahaman dan perjanjian semasa BN menurunkan Kamalanathan sebagai calun di Hulu Selangor tempuhari. Senangnya manusia berkompromi.
Hari ini Palanivel dari MIC dan Ezam dari UMNO diberitakan mengangkat sumpah sebagai senator. Berbaloi buat MIC kerana hari ini mereka menang lagi. UMNO dibujuk dengan perlantikan Ezam. Adakah keduanya akan menuju ke dalam kabinet pula? Dengarnya seperti itulah.
Saya tersenyum sendiri melihat perkembangan ini. Satu ketika Ezam berapi mengutuk Dato Sri Najib dan mencabarnya. Hari ini dia sudah rujuk. Apa yang diludah sudah dijilat kembali.
Inilah politik sebenarnya. Saya teringat kata-kata Tun Mahathir suatu ketika dulu. Antara lain maksudnya ialah, 'dalam politik tidak ada yang pelik dan mustahil ... arini lawan, besok kawan.' Semudah itu mereka boleh berpusing.