Friday, April 02, 2010

AL FATIHAH - SEMOGA DICUCURI RAHMAT

Al Fatihah.  Saya juga ingin turut merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi.  Semoga Allahyarham diberkati dengan mendapat pengampunan di atas segala dosa-dosanya dan rohnya dicucuri rahmat yang terbaik.

Sedih mendengar dan melihat berita tentang penyakit dan pengkebumiannya di Astro Awani tadi.  Kini jasadnya disemadikan di Tanah Perkuburan Kepong, Kuala Lumpur.

Pengacara No 1, Aznil Hj Nawawi sempat berpesan kepada kita bahawa seekor nyamuk boleh membunuh dengan izin Allah.  Apapun sebabnya, apabila sampai masanya, nyawa akan tercerai dari jasad.  Itu janji Allah SWT.

Itu juga peringatan untuk kita semua.  Sesungguhnya kita semua adalah hak Allah SWT dan dunia ini hanyalah tempat persinggahan saja.  Jadi kita mesti memanafaatkan masa sebaiknya dengan memperbaiki diri, iman dan taqwa.