Mengikut berita yang tersiar di muka depan akhbar Harian Metro hari ini, seorang ibu mengalami tekanan perasaan dan sentiasa dirundung kekecewaan. Ini termasuklah tekanan beliau baru saja melahirkan seorang anak cacat pada 26 Mach lalu. Dalam keadaan dirinya yang masih dalam pantang itu, beliau bertindak ganas di mana beliau telah menikam dua anaknya dengan gunting ketika mereka sedang nyenyak tidur. Kejadian dikatakan berlaku di rumah mereka di Bandar Putra Indah, Tongkang Pechah di sini, awal pagi semalam.
Kanak-kanak yang menjadi mangsa masing-masing berusia 10 dan 8 tahun. Mereka cedera di bahagian belakang badan akibat tikaman ibu mereka sendiri itu dan terpaksa menerima beberapa jahitan. Nasib baik juga mereka tidak terus terkorban.
Kalau manusia sudah tidak siuman, pelbagai perkara mereka boleh lakukan. Sedih betul membaca kes dua beradik yang ditikam ini.
Saudara mara dan sahabat handai atau pun orang-orang yang mengenali mereka sudah tahu tentang kes mental pesakit ini. Suaminya sendiri sedia maklum tentang kes beliau yang pernah dirawat kerana sakit mental itu.
Kenapa mereka tidak mengambil tindakan yang tidak akan memungkinkan perkara yang telah dilakukannya itu. Suaminya itu seorang jurutera, orang yang berpelajaran lagi! Kes mental bukan sesuatu yang remeh!