Sekurang-kurangnya minggu ni kita merasakan undang-undang telah menepati tanggung-jawapnya dalam menegakkan keadilan. Saya yakin dua kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu boleh memberi impak baik.
Kes pertama tu saya terperasan bila membaca blog Kak G. Memang kita turut gembira mendengar berita tentang peneroka-peneroka yang teraniaya itu akhirnya mendapat hak mereka bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada tuntutan mereka.
Lepas tu, baru sekejap tadi saya juga baca tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada pemilik sah atau tuan tanah. Kepututsan ini mampu menghentikan tindakaan orang-orang yang tidak bertanggung-jawap yang sewenang-wenangnya mencuri hartanah milik orang dan kemudiannya menyerahkan milik itu pula kepada pihak ketiga.
Kita pun tahu manusia dijadikan untuk memikul tanggung-jawap yang berteraskan hukum Allah. Memang ada banyak ranjau dan rintangan, kerana Allah memperkenakan permohonan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Tetapi selagi pihak berwajip berpegang kepada hukum Allah yang adil dan saksama, perundangan dunia akan mampu menegakkan keadilan dan menginsafkan manusia.