Baru kejap ni abang saya memperingatkan supaya mengerjakan solat sunat Safar malam ni sementara masih ada waktu dan peluang. Bila dah diingatkan, saya lakukan jugalah. Ni, nak kongsi dengan sahabat Maya pula ..
Sebenarnya, ini kira berkongsi dengan yang belum tahu la kan. Solat sunat ni seperti solat-solat lain juga .. baik jika dapat dilakukan. Bagi yang belum pernah mengerjakan, dan tidak tahu, saya catitkan apa yang saya tahu la ya ..
Solat ini disyorkan supaya dilakukan pada malam hari Rabu akhir bulan Safar. Ianya ialah solat empat rakaat dengan satu salam. Selepas bacaan Al Fatihah baca surah-surah seperti berikut:
- Rakaat pertama - baca Surah Al Maa'uun sebanyak 17 kali
- Rakaat kedua - baca Surah Al Ikhlas sebanyak 5 atau 7 kali
- Rakaat ketiga - baca Surah Al Falaq sebanyak 5 atau 7 kali
- Rakaat keempat - baca Surah An Naas sebanayk 5 atau 7 kali.
Selepas memberi salam, mohon doa agar dijauhkan dari bala, mala petaka dan kesusahan untuk sepanjang tahun ini. Seperti biasa, mulakan membaca doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT, selawat nabi, dan disudahi juga begitu.
Semoga Allah memberkati dan melindungi kita semua. Aamiin.