Tapuk pemerintah seperti memperlekeh tahap kebijaksanaan rakyat. Dah macam2 langkah dan pelek2 pula diputuskan.
Kata mereka rakyat tidak bijak menggunakan kad kredit, jadi itu harus dibendung .. mereka perintah hukum bayar caj RM50 untuk setiap pemegang utama kad dan RM 25 bagi setiap pemegang kad di bawah naungannya. Memang keterlaluan.
Bayangkan ada antara 4 -5 juta pemegang utama. Buat saja hisab yang mudah. Ambil angka bawah iaitu sejumlah 4 juta pemegang kad utama dan setiap mereka pula hanya mempunyai satu pemegang dibawah naungannya. Jadi kutipan kerajaan ialah:
Bayangkan ada antara 4 -5 juta pemegang utama. Buat saja hisab yang mudah. Ambil angka bawah iaitu sejumlah 4 juta pemegang kad utama dan setiap mereka pula hanya mempunyai satu pemegang dibawah naungannya. Jadi kutipan kerajaan ialah:
4,000,000 x RM 50 = RM 200,000,000
4,000,000 x RM 25 = RM 100,000,000
JUMLAH KUTIPAN = RM 300,000,000
Sekarang gula pula dinaikan dengan kadar 20sen. Rasionalnya supaya rakyat tahu menjaga kesihatan dengan mengambil kurang gula.
Sudahlah! Dadah yang haram tu pun penagih-penagihnya terus cari juga. Perokok pun terus juga merokok dan penggemar gula dan manisan akan teruskan dengan tabiat mereka walau naik harga sebanyak mana sekali pun. Ujungnya yang untung ialah kerajaan kerana dapat melonjakkan kutipan pendapatan!
Mentaliti rakyat mesti ikut saja adalah mentaliti kuno! Malangnya kuasa memilih rakyat hanya hadir setiap empat-lima tahun sekali. Bila dekat waktu pilihanraya itu, maka akan turun macam-macam harga pula. Lebih malang lagi rakyat pula mudah lupa!