Sejak dua tiga tahun kebelakangan, saya bertekad untuk mengambil pendekatan lebih peka terhadap kesihatan badan dan rihat minda. Salah satu cara ialah dengan mengambil cuti dan bersantai. Bila cuti duk rumah pun 'boring' juga. Jadi kekadang saya suka juga pergi jalan-jalan dan melancong.
Berziarah dan melancung cuti-cuti Malaysia tentulah lebih murah. Saya sekeluarga pun belum habis pusing satu Malaysia lagi, baru habis jelajah Semenanjung je, Sabah dan Sarawak belum sampai lagi.
Tapi bila saya bertanya dan buat 'survey' tambang ke sana tu agak mahal juga. Katanya hotel dan makanan pun boleh tahan juga harganya. Sahabat saya suami isteri baru saja pergi selama tiga malam, empat hari. Mereka dah habis lebih dari RM 2,000 untuk tambang, hotel dan makan sahaja. Jumlah terbesar ialah bil hotel yang mencecah lebih dari RM 1,000. Itu pun kata mereka, nasib baik juga naik kapalterbang Air Asia.
Sekarang Air Asia sedang promosi tambang murah pergi ke India. Dengan budget yang sama dengan sahabat saya pergi ke Kuching, kita sudah boleh pergi-balik ke New Delhi atau Mumbai dan juga cukup untuk hotel serta makan untuk dua orang selama 5 hari. Jika begitu, bagus la pergi ke India dulu kan? Apa kata? Jom, moh la kita pergi ke India.