Sebenarnya semalam lagi dah nak buat paparan ini. Tapi, biasalah kan, hari Isnin memang merupakan hari yang amat sibuk. Semalam tu terpaksa kerja sampai ke malam pulak lagi.
Hari ini dapat jugalah ikut memperkatakan tentang Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL ke 24). Yalah, teruja pula melihat sebahagian persembahan AJL ke 24 pada malam hari Ahad tu.
Kita orang sekeluarga tak dapat melihat rancangan itu sepenuhnya kerana malam tu ada kenduri kawin. Dah cuba direkodkan pun, tak dapat juga lakukan sepenuhnya kerana bekalan letrik terputus sementara gara-gara cerek air rosak. Kata anak, lama juga baru dia teringat untuk sambung rekodkan rancangan itu. Nasib le. Duk tunggu juga kut ada ulangan, tapi belum ada kabar lagi nampaknya.
Lagu "Pergi" yang dinobatkan sebagai juara memang indah dan cukup sempurna rasanya. Walaupun ada juga orang mempertikaikannya, saya tidak nampak kecacatannya. Lirik dan melodinya begitu menyentuh perasaan.
Bakat Aizat juga terserlah kerana beliau berjaya mengindahkan lagu ini dengan alunan nada rendah dan tinggi yang seperti sekata serta emosinya juga cukup berkesan. Saya yakin dengan persembahan anak muda ini. Sekalung tahniah dan syabas kepadanya!