Statistik yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan agak menggerunkan. Peratusan mereka yang mengidap hipertensi rupanya begitu tinggi. Saya petik berita yang berkenaan ini:
Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi Hipertensi (darah tinggi).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata angka itu meningkat 10 peratus berbanding 10 tahun lalu.
Beliau berkata, berdasarkan kajian kali ketiga oleh "The National Health and Morbidity Survey" yang dibuat 10 tahun sekali itu, peningkatan itu berlaku berikutan semakin ramai rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup tidak sihat serta kurang peka dengan tahap kesihatan mereka.
Hipertensi ini juga merupakan satu gejala kesihatan yang berat. Seharusnya anak-anak muda kita lebih peka tentang keadaan kesihatan mereka.