Sunday, January 31, 2010

JOM PERGI KE INDIA PULA


Sejak dua tiga tahun kebelakangan, saya bertekad untuk mengambil pendekatan lebih peka terhadap kesihatan badan dan rihat minda.  Salah satu cara ialah dengan mengambil cuti dan bersantai.  Bila cuti duk rumah pun 'boring' juga.  Jadi kekadang saya suka juga pergi jalan-jalan dan melancong.

Berziarah dan melancung cuti-cuti Malaysia tentulah lebih murah.  Saya sekeluarga pun belum habis pusing satu Malaysia lagi, baru habis jelajah Semenanjung je, Sabah dan Sarawak belum sampai lagi.

Tapi bila saya bertanya dan buat 'survey' tambang ke sana tu agak mahal juga.  Katanya hotel dan makanan pun boleh tahan juga harganya.  Sahabat saya suami isteri baru saja pergi selama tiga malam, empat hari.  Mereka  dah habis lebih dari RM 2,000 untuk tambang, hotel dan makan sahaja.  Jumlah terbesar ialah bil hotel yang mencecah lebih dari RM 1,000.  Itu pun kata mereka, nasib baik juga naik kapalterbang Air Asia.

Sekarang Air Asia sedang promosi tambang murah pergi ke India.  Dengan budget yang sama dengan sahabat saya pergi ke Kuching, kita sudah boleh pergi-balik ke New Delhi atau Mumbai dan juga cukup untuk hotel serta makan untuk dua orang selama 5 hari.  Jika begitu, bagus la pergi ke India dulu kan?  Apa kata?  Jom, moh la kita pergi ke India.

Saturday, January 30, 2010

HIPERTENSI

Statistik yang diberikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan agak menggerunkan. Peratusan mereka yang mengidap hipertensi rupanya begitu tinggi. Saya petik berita yang berkenaan ini:

Kira-kira 4.8 juta orang atau 43 peratus daripada rakyat Malaysia yang berusia 30 tahun ke atas menghidapi Hipertensi (darah tinggi).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata angka itu meningkat 10 peratus berbanding 10 tahun lalu.

Beliau berkata, berdasarkan kajian kali ketiga oleh "The National Health and Morbidity Survey" yang dibuat 10 tahun sekali itu, peningkatan itu berlaku berikutan semakin ramai rakyat Malaysia kini mengamalkan cara hidup tidak sihat serta kurang peka dengan tahap kesihatan mereka. 
Hipertensi ini juga merupakan satu gejala kesihatan yang berat.  Seharusnya anak-anak muda kita lebih peka tentang keadaan kesihatan mereka.

Wednesday, January 27, 2010

SOLAT BULAN SAFAR

Baru kejap ni abang saya memperingatkan supaya mengerjakan solat sunat Safar malam ni sementara masih ada waktu dan peluang.  Bila dah diingatkan, saya lakukan jugalah.  Ni, nak kongsi dengan sahabat Maya pula ..

Sebenarnya, ini kira berkongsi dengan yang belum tahu la kan.  Solat sunat ni seperti solat-solat lain juga .. baik jika dapat dilakukan.  Bagi yang belum pernah mengerjakan, dan tidak tahu, saya catitkan apa yang saya tahu la ya ..

Solat ini disyorkan supaya dilakukan pada malam hari Rabu akhir bulan Safar.  Ianya ialah solat empat rakaat dengan satu salam.  Selepas bacaan Al Fatihah baca surah-surah seperti berikut:
  1. Rakaat pertama - baca Surah Al Maa'uun sebanyak 17 kali
  2. Rakaat kedua - baca Surah Al Ikhlas sebanyak 5 atau 7 kali
  3. Rakaat ketiga - baca Surah Al Falaq sebanyak 5 atau 7 kali
  4. Rakaat keempat - baca Surah An Naas sebanayk 5 atau 7 kali.
Selepas memberi salam, mohon doa agar dijauhkan dari bala, mala petaka dan kesusahan untuk sepanjang tahun ini.  Seperti biasa, mulakan membaca doa dengan puji-pujian kepada Allah SWT, selawat nabi, dan disudahi juga begitu.

Semoga Allah memberkati dan melindungi kita semua.  Aamiin.

Saturday, January 23, 2010

RAKAM TAKZIAH SERTA RAFAK UCAP TAHNIAH


Sebagai seorang Islam dan rakyat Malaysia, saya ingin turut merakamkan ucap takziah di atas kemangkatan Sultan Johor, DYMM Almarhum Sulatan Iskandar ibni Sultan Ismail.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda, dan Almarhum ditempatkan bersama golongan yang mendapat keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.

Di waktu yang sama, saya juga juga merafak ucap tahniah di atas perlantikan Sultan Johor yang baru, iaitu DYMM Sultan Ibrahim Ismail ibni Sultan Iskandar.  Semoga Johor terus mendapat rahmat Allah SWT.

Friday, January 22, 2010

CABANG PERUNDANGAN MAMPU MENEGAKKAN KEADILAN


Sekurang-kurangnya minggu ni kita merasakan undang-undang telah menepati tanggung-jawapnya dalam menegakkan keadilan. Saya yakin dua kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan itu boleh memberi impak baik.

Kes pertama tu saya terperasan bila membaca blog Kak G.  Memang kita turut gembira mendengar berita tentang peneroka-peneroka yang teraniaya itu akhirnya mendapat hak mereka bila Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepada tuntutan mereka.

Lepas tu, baru sekejap tadi saya juga baca tentang keputusan Mahkamah Persekutuan yang memihak kepada pemilik sah atau tuan tanah.  Kepututsan ini mampu menghentikan tindakaan orang-orang yang tidak bertanggung-jawap yang sewenang-wenangnya mencuri hartanah milik orang dan kemudiannya menyerahkan milik itu pula kepada pihak ketiga.

Kita pun tahu manusia dijadikan untuk memikul tanggung-jawap yang berteraskan  hukum Allah.  Memang ada banyak ranjau dan rintangan, kerana Allah memperkenakan permohonan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia.  Tetapi selagi pihak berwajip berpegang kepada hukum Allah yang adil dan saksama, perundangan dunia akan mampu menegakkan keadilan dan menginsafkan manusia.

Tuesday, January 19, 2010

BILA HAMPIR SEMUANYA HANCUR

Tadi seorang kawan lama yang sesama belajar di ITM dulu datang ke pejabat.  Mulanya bila hanya melihat dari pintu kaca pejabat saya tak terperasan dia.  Tapi selepas dia memperkenalkan diri dengan pegawai saya dan bersungguh-sungguh meminta izin untuk berjumpa barulah saya keluar.  Beberapa ketika barulah dapat mengecamnya.  Maklumlah, jangka masa terpisah sudah lebih dari 20 tahun, dan secara fizikalnya kita sudah banyak juga berubah.

Satu pertemuan yang agak emosional sebenarnya.  Kawan saya ni sudah jatuh muflis gara-gara perniagaan yang tersasar.  Beliau tidak memberitahu semuanya.  Tetapi apa yang beliau jelaskan sudah cukup untuk saya mengerti.

Apa yang dapat dikatakan lagi.  Walaupun mempunyai kelulusan akademik dalam bidang perakaunan, ternyata beliau tidak berpegang kepada prinsip disiplin ini.  Seliaan kewangan syarikatnya amat longgar, kawalan pergerakan syarikatnya juga tenyata tidak mengikut perancangan yang jelas.  Mungkin kesalahan terbesar dan paling serius ialah beliau mencampur-adukan wang syarikat dengan wang peribadi.  Jadi tidak hairanlah hampir semuanya yang beliau ada itu hancur.

Beliau datang untuk meminta pertolongan sekiranya institusi saya atau kenalan lain dapat membantunya untuk dapat bangun semula.  Malangnya, dalam keadaan seperti itu, tidak ada institusi kewangan yang akan memberi pinjaman.  Beliau sebenarnya tidak ada pilihan selain dari menstrukturkan semula perniagaannya.

Sunday, January 17, 2010

KENAPE JADI GINI?


Kalau kita belajar ekonomi, monopoli tu paling tidak bagus.  Tetapi di Malaysia banyak sangat syarikat dalam bidang khidmat yang merupakan syarikat monopoli kerana begitulah dasar negara kita.

Saya geram betul le dengan astro yang terus ada kuasa monopoli ni .. buat ikut suka hati dia saja.  Satu cerita dan program boleh recycle berulang-ulang kali di saluran yang berbeza, dan lepas recycle lagi.  Naik bengang dibuatnya.  Bila buat program yang baru dah dia buat pekej berbayar baru pulak.  Bayar bulanan yang biasa tu bukan main mahal lagi.  Mereka buat pekej baru, lepas caj tambah.  Betul-betul keterlaluan!

Apa kuasa kita?  Jelas yang ada pun kita hanya boleh berhenti dari terus melanggan sajalah.  Dah la stesyen percuma terlalu bermain politik pula .. naik menyampah dibuatnya.  Tapi, sekarang astro pun dah banyak dirantai kaki juga, macam-macam dah tersekat!

Inilah perbezaan ketara antara negeri maju yang demokrasi dengan negara-negara di dunia ketiga seperti Malaysia kita.  Anak buah saya yang belajar di luar negara bayar minima saja untuk khidmat kabel seperti astro tu, dan pilihannya amat luas sekali.  Tak suka boleh tukar kabel lain.  Satu-satu pekej tu memang berbaloi la kiranya.  Saya berani berkata begitu, kerana saya sudah melawat seperti di Amerika tu.

Sepatutnya selepas lebih dari setengah abad merdeka, set minda pemimpin lebih dinamik dan terbuka.  Tapi nampaknya semakin berbelit-belit pula.  Kenapa le jadi begini?!

Friday, January 15, 2010

CAKAP BERLAPIK!


Dah keluar berita amaran perjalanan di Sabah dari pihak US pulak ni .. mencemaskan juga kiranya!  Bila saya fikir-fikir, camno nak buek?  Nak katokan tidak berasas, tak berani juo, nak katakan iyo, pun entahlah.

Setahu saya jika kita pergi kesebelah kawasan Tawau, Lahad Datu, Semporna dan pulau-pulau berdekatan, ada aje orang memberi peringatan supaya kita lebih berhati-hati.  Katanya ada aktiviti-aktiviti lanun dan rompak ganas di daerah sana.  Sampai-sampai kita orang memang tak pernah pergi melebihi Tawau dan  Semporna.  Bila bermalam, mesti balik menginap di hotel di Tawau juga.

Sukar dikatakan perkara-perkara begini sebab orang kita selalu cakap berlapik dan berkias.  Biasanya bila diberi amaran tentang perkara-perkara yang tidak baik dan/atau tak selamat, kita selalunya patuh saja.

Tuesday, January 12, 2010

"PERGI" YANG INDAH


Sebenarnya semalam lagi dah nak buat paparan ini.  Tapi, biasalah kan, hari Isnin memang merupakan hari yang amat sibuk.  Semalam tu terpaksa kerja sampai ke malam pulak lagi.

Hari ini dapat jugalah ikut memperkatakan tentang Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL ke 24).  Yalah, teruja pula melihat sebahagian persembahan AJL ke 24 pada malam hari Ahad tu.

Kita orang sekeluarga tak dapat melihat rancangan itu sepenuhnya kerana malam tu ada kenduri kawin.  Dah cuba direkodkan pun, tak dapat juga lakukan sepenuhnya kerana bekalan letrik terputus sementara gara-gara cerek air rosak.  Kata anak, lama juga baru dia teringat untuk sambung rekodkan rancangan itu.  Nasib le.  Duk tunggu juga kut ada ulangan, tapi belum ada kabar lagi nampaknya.

Lagu "Pergi" yang dinobatkan sebagai juara memang indah dan cukup sempurna rasanya.  Walaupun ada juga orang mempertikaikannya, saya tidak nampak kecacatannya.  Lirik dan melodinya begitu menyentuh perasaan.

Bakat Aizat juga terserlah kerana beliau berjaya mengindahkan lagu ini dengan alunan nada rendah dan tinggi yang seperti sekata serta emosinya juga cukup berkesan.  Saya yakin dengan persembahan anak muda ini.  Sekalung tahniah dan syabas kepadanya!

Thursday, January 07, 2010

PELEK & JENGKEL

Tapuk pemerintah seperti memperlekeh tahap kebijaksanaan rakyat.  Dah macam2 langkah dan pelek2 pula diputuskan.

Kata mereka rakyat tidak bijak menggunakan kad kredit, jadi itu harus dibendung .. mereka perintah hukum bayar caj RM50 untuk setiap pemegang utama kad dan RM 25 bagi setiap pemegang kad di bawah naungannya.  Memang keterlaluan.

Bayangkan ada antara 4 -5 juta pemegang utama.  Buat saja hisab yang mudah.  Ambil angka bawah iaitu sejumlah 4 juta pemegang kad utama dan setiap mereka pula hanya mempunyai satu pemegang dibawah naungannya.  Jadi kutipan kerajaan ialah:

4,000,000 x RM 50 = RM 200,000,000
4,000,000 x RM 25 = RM 100,000,000

JUMLAH KUTIPAN = RM 300,000,000

 Betapa senang kerajaan menjana dana sebanyak RM 300 Juta lagi.  Itu juga maknanya rakyat pemegang kad kredit sajalah yang lagi terbeban.

Sekarang gula pula dinaikan dengan kadar 20sen.  Rasionalnya supaya rakyat tahu menjaga kesihatan dengan mengambil kurang gula.

Sudahlah!  Dadah yang haram tu pun penagih-penagihnya terus cari juga.  Perokok pun terus juga merokok dan penggemar gula dan manisan akan teruskan dengan tabiat mereka walau naik harga sebanyak mana sekali pun.  Ujungnya yang untung ialah kerajaan kerana dapat melonjakkan kutipan pendapatan!

Mentaliti rakyat mesti ikut saja adalah mentaliti kuno!  Malangnya kuasa memilih rakyat hanya hadir setiap empat-lima tahun sekali.  Bila dekat waktu pilihanraya itu, maka akan turun macam-macam harga pula.  Lebih malang lagi rakyat pula mudah lupa!

Wednesday, January 06, 2010

NAK EDIT PROFIL

Semalam tak sempat pula nak tengok blog.  Ada meeting sampai ke petang ..  Dah balik rumah, dah letih sangat pulak!

Ni sementara rehat makan, rasa nak edit profil la, terutamanya tentang gambar.  Hati masih tak berapa puas dengan hasilnya.  Nak letak gambar sendiri, lagi le buruk!  Lagi pun, susah juga, nanti kena 'sound' dengan HQ pula.

Ada 45 minit lagi ni .. Ok, nanti lihatlah hasilnya ya.

Monday, January 04, 2010

SEMUA PUN ADA LOGIKA

Baru lega sikit ni.  Dah banyak hari cuti, bertimbun pula kerja di pejabat ini.  Ramai kakitangan pula telah   yang ambil cuti sakit.  Biasa tu.  Macamlah tak tahu - Hari pertama sekolah awal tahun ni, ibu bapa pula ponteng kerja kerana menguruskan hal sekolah anak-anak mereka.  Cakap pun tak guna!

Ada sikit lagi kerja nak di buat.  Tapi rehat sekejap la.   Sambil tu baca surat-khabar.  Saya tertarik sekali dengan cerita di bawah ini. Pencuri sekarang ternyata bijak menggunakan akal dalam misi mencuri mereka.

KUALA LUMPUR: Thieves broke into a house in Damansara Heights yesterday but left everything intact as they only wanted the keys to two Mercedes Benz and a Honda Civic.
The thieves did not bother to steal two other vehicles -- a Proton Saga and a Perodua Myvi -- as they drove off with the three cars.


The owner, a businessman in his 60s, woke up at 9am to find his cars stolen.
Dah beberapa kali berita senada ini yang kita dengar.  Bila perompak/pencuri pecah masuk rumah, mereka sudah seperti sudah ada senarai barang/produk yang mereka mahu.  Kereta mewah, laptop, video-cam, kamera, barang kemas dan wang adalah antara barang-barang yang paling popular yang dicuri - jika produk macam kereta dan laptop tu, mereka memang ambil ikut jenama lagi!

Semua ini sudah pasti ada logikanya.  Kereta mewah, laptop dan barang kemas sudah pasti ada sindiket pembelinya.  Katanya, produk-produk ini senang pula diseludup ke sempadan.

Banyak juga cerita yang kita dengar, cerita yang memang kurang enak kiranyer ..  Tapi tak tahulah sejauh mana pula kebenaran cerita sedemikian.

Friday, January 01, 2010

UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU


SELAMA
TAHUN BARU 2010

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR, DIMURAHKAN REZEKI,
DAN DIRAHMATI DENGAN SEGALA YANG LEBIH BAIK DITAHUN INI DAN SELANJUTNYA.