Hari ini satu Malaysia hebuh pasal pelakon popular yang kena tahan reman bersama teman wanitanya kerana disyaki terlibat kes dadah. Nampaknya macam kes berat. Apa tidaknya, jika dah siap terjumpa makmal dan kelengkapan untuk menghasil dan membungkus dadah mestilah parah.
Petang ni rasanya ramai juga yang sudah tahu siapa pelakon itu. Saya pun baru saja dapat tahu dari sahabat rapat saya. Katanya maklumat itu amat dipercayai kerana ia adalah sumber kakitangan jabatan yang berkenaan. Namun begitu, saya tak berani pula nak menyebut namanya secara terbuka di sini, kerana kita ada macam-macam undang-undang.
Inilah akibatnya jikaseseorang terlalu mengikut hati dan perasaan. Kita memang tak tahu masaalah dia. Tapi begitulah akibatnya jika sudah ada anak isteri pun masih sosial lagak bujangan.
Walau apapun, biarlah kita sama-sama mengambil ikhtibar. Semoga kita dan keturunan kita dipelihara dari segala kedurjanaan, amin, amin , ya Rabbal a'alamin.
Walau apapun, biarlah kita sama-sama mengambil ikhtibar. Semoga kita dan keturunan kita dipelihara dari segala kedurjanaan, amin, amin , ya Rabbal a'alamin.