Saya berasa sedih, marah serta juga takut, semuanya bercampur-baur. Saya sedih dan marah kerana seorang pemimpin Islam terus bersikap angkuh; saya juga takut diturunkan bala yang akan menyebabkan kita turut terkena bahangnya.
Begitu berani YB Zulkifli Nordin mengatakan beliau malu kepada Allah dan masyarakat Islam jika terus bersama PKR. Sampai membawa menggunakan nama Allah dalam polimik politik! Ampun, ya Allah.
Soalannya, adakah beliau sekadar malu dimulut saja kepada Allah SWT, tetapi tidak takut kepada pembalasanNYA. Adakah beliau sedar bahawa apa yang dilakukannya amat berlawanan dengan nilai-nilai Islam sendiri.
Islam tidak menyeru untuk seorang pemimipin mengabaikan rakyat dan pengundi yang telah memberi mandat kepadanya. Benar kan beliau diberi mandat untuk membawa kemajuan dan kebaikan sesuai dengan janji yang dibuat semasa pilihanraya serta seruan Allah SWT?
Tindakan degilnya untuk mencari penyelesaian mengikut acuan kata dan syaratnya sendiri bukan ciri-ciri seorang pemimpin Islam. Malah perbuatannya yang tidak merujuk kepada rakyat yang memilihnya sebagai wakil rakyat adalah perbuatan yang tidak amanah. 'Pemimpin mesti amanah' itu adalah hukum Allah. Beliau tidak malu dan tidak takutkah memilih untuk tidak patuh kepada hukum Allah?
Sudah-sudahlah dengan bermain politik. Jangan sampai ke tahap menjadi duri dalam daging yang kemudiannya menyebabkan terluka, serta merebak menjadi kudis bernanah yang busuk dan menjijikkan.
Jika benar beliau memperjuangkan Islam, ikut sepenuhnya seruan Illahi. Dalam kes ini beliau tidak ada pilihan lain selain beliau mesti amanah dan balik bertanya kepada rakyat yang mengundinya. Beliau mesti pergi bertanya samaada majoriti mereka masih mahu terus memberi amanah dan mandat kepadanya. Jika beliau benar-benar malu dan takut kepada Allah SWT, maka ini harus disegerakan.