Bagi sesetengah orang blog adalah tempat untuk meluahkan segala rasa di hati dan perjalanan hidup sehari-hari. Tetapi tidak ramai yang mahu luahkan segala-galanya di sini kerana banayak cerita yang terlalu peribadi.
Bagi diriku pula, ada kalanya ku ingin berkongsi. Sementara itu ada sesetengah perkara yang lebih baik disimpan saja dalam diri. Jadi sebab itu aku tidak mengemas-kini blog setiap hari.
Semalam aku telah membuat keputusan yang muktamad. Setelah dipertimbangkan semua perkara, rasanya adalah terbaik untuk aku terus saja di tempat aku sekarang. Bila dibuat kontra, keuntungan yang didapati adalah terlalu sedikit, sementara stresnya adalah berkemungkinan lebih.
Satu berita menggembirakan juga kerana pihak bank telah merencanakan progaram untuk membawa pegawai-pegawai ke Eropah pada bulan hadapan. Walaupun kos perlu dibiayai sendiri, tetapi pekej yang ditawarkan adalah amat murah. Jadi akau dan isteri akan menyertai rombongan untuk ke Eropah ini.
Jadualnya kami akan dibawa ke Frankfurt dahulu. Tempat yang akan turut dilawati ialah kawasan ski di Switzerland, kemudian melalui Jerman, Perancis dan akhirnya ke London. Pekejnya hanya RM 7500 seorang. Kira-kira amat murah sekali kan?