Sebelum membuat N3, saya mahu merafak sembah dahulu untuk turut mengucapkan Selamat Hari Keputeraan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. DAULAT TUANKU.
Saya ikut teruja juga dengan semangat anti Israel yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia dalam perhimpunan semalam. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim masih lantang dan bersemangat untuk turut serta di dalam tunjuk perasaan di Kedutaan Amerka Syarikat.
Sepertinya seluruh jalan utama di Kuala Lumpur penuh sesak dengan banjiran manusia yang berarak menuju ke Kedutaan ini. Bermacam-macam sepanduk dan kain rentang dengan kata-kata semangat yang agak keras mengutuk serangan kejam ke atas kapal misi keamanan Mavi Marmara yang sedang menuju ke Gaza itu, khususnya, dan kekejaman Israel secara kesluruhannya selama ini.
Ya, kita harus terus mengutuk dan menentang tindakan ganas dan tidak berperikemanusiaan regim Zionis ini. Kita harus terus mendesak Amerika Syarikat kerana mereka telah lama bersekutu dengan Israel. Di dalam kejadian ini ia melibatkan seorang rakyat Amerika yang turut juga menjadi korban.
Diberitakan Dato' Seri Anwar memasuki Kedutaan Amerika. Beliau telah menyerahkan surat bantahan yang telah ditandatangai oleh pemimipin Pakatan Rakyat dan 20 NGOs.
Surat berkenaan juga memohon agar President Barack Obama turut mengutuk keganasan dan kekejaman yang dilakukan dan juga supaya sekatan Gaza dihentikan. Mereka juga mendesak supaya satu badan bebas ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan serta juga mendesak agar Amerika Syarikat menggantung bantuan tentera dan ekonomi kepada Israel.