Saya membaca berita tentang penyewa-penyewa rumah yang lari dari membayar hutang bil letrik yang amat tinggi. Perkara ini turut dilakukan oleh mereka orang-orang Melayu yang mengaku diri orang Islam juga. Bukan kecil jumlah bil-bil berkenaan.
Dalam kes-kes serius, ada bil-bil yang tak dibayar hingga sampai bertahun lamanya. Jumlah berkenaan juga mencecah hingga beribu, malahan puluhan ribu ringgit.

Pelek juga bagaimana pihak TNB tidak memotong bekalan letrik kepada premis-premis yang tidak menjelaskan bil-bil masing-masing dalam tempuh yang ditetapkan. Kalau ikut peraturan TNB sendiri, tak kira berapa pun jumlahnya, bila sudah sampai tiga kali bil, bekalan letrik pasti dipotong.
Punca utama segala kepincangan dalam sistem kita ialah kerana perlaksanaan yang amat tidak efisyen dan lembab. Atas kertas, hampir semuanya serba canggih dan sempurna. Tetapi, bila melaksanakan segala polisi dan perancangan, hampeh!
Inilah juga punca utama bil TNB boleh tertunggak berlambak. Jika TNB tidak memotong bekalan, kenapa pula mesti tuan rumah yang membayar bil yang tertunggak dengan jumlah yang besar selepas penyewa-penyewa rumah cabut lari?
Sudah sampai masanya, ada perundangan untuk menangani masaalah yang tidak sepatutnya menjadi masaalah ini. AP-AP wajip peka tentang perkara yang membebankan rakyat.
Sepatutnya ada undang-undang yang menghadkan tempuh dan jumlah bil yang tidak dibayar itu. Bekalan wajip dipotong atau dikira sebagai terpotong secara automatis bila syarat itu tidak dipenuhi.
Jika TNB tidak efisyen dalam menjalankan tugas mereka, TNB harus dipertanggung-jawapkan. Apa-apa jumlah selepas tempuh yang ditetapkan dikira hangus. Barulah sistem itu efektif dan adil. Tak adalah rakyat saja yang sentiasa rugi!