Hari ini aku terpaksa juga pergi jumpa doktor sekali lagi. Alhamdulillah, kira berita baik juga. Tetapi harus juga berhati-hati.
Sebenarnya minggu lepas tu aku sudah pergi berjumpa doktor kerana terasa macam nak demam selsema dan lemah-lemah badan. Kemudian rasa kurang selera makan. Takut pula ada masaalah kesihatan yang lebih serius.
Semasa pergi bacaan kadar gula dalam badan adalah 11. Doktor nasihatkan supaya ambil ubat dan datang kembali selepas lima hari,iaitu pada hari ini.
Hari ini kadar gula sudah turun kepada 9. Tetapi kata doktor mungkin ini tanda-tanda awal diabetik, iaitu apa yang dia namakan pra-diabetik. Katanya kadar gula di dalam badanku melebihi kadar normal tetapi tidak begitu tinggi seperti mereka yang mengidap diabetik.
Beliau nasihatkan supaya aku lebih berhati-hati dan mejaga diet. Nampaknya selepas ini tak boleh selalu minum teh tariklah nampaknya.