Satu dunia sudah dapat lihat dan tahu sikap sebenar regim Zionis Israel ini. Perbuatan mereka melakukan serangan komando terhadap insan yang membawa misi bantuan keamanan ke Gaza adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh semua yang mendokong keamanan.
Jelas dan nyata regim Zionis ini memang syaitan yang bertopengkan manusia. Mereka angkuh seperti iblis angkuh tidak mengiktiraf Nabi Adam SAW. Mereka kejam seperti iblis yang berjanji akan menyesatkan seluruh keturunan Adam yang tidak beriman!
Saya mendengar berita melalui Astro Awani dan TV3 semasa rehat makan tengahari ini. Apa yang dinyatakan wartawan Astro itu amat menyentuh perasaan.
Lebih kurang katanya, "Apa yang saya alami selama 48 jam, 2 hari, boleh diringkaskan dengan sesuatu 'perit dan pedih amat berat' ..." Apa yang dialaminya membuat dirinya insaf tentang segala perit getir yang dilalui oleh rakyat Palestin selama lebih dari 6 dekad.
Allah SWT telah menyeru untuk semua kita beriman. Ternyata iblis pun tidak akan berjaya menembusi tembuk kekuatan orang-orang yang beriman.
Soalnya sekarang, sekuat dan sekukuh manakah iman orang Islam seluruh dunia ketika ini?