Sudah tiga hari ini saya rasa sakit sendi-sendi di sekitar kaki. Malah dekat buku lali sudah nampak membengkak.
Tadi baru saya pergi berjumpa doktor. Katanya ada peradangan. Tahap asid urik yang ada di dalam badan saya sudah terlalu berlebihan.
Jadi doktor menasihatkan saya supaya mengurangkan makanan yang mempunyai banyak asid urik ini. Di samping itu saya dinasihatkan supaya meminum air sekurang-kurangnya sebanyak 2.5 liter dalam sehari. Tujuannya ialah supaya saya lebih kerap membuang air kecil dan sekaligus membuang asid urik yang berlebihan.
Tadi doktor memberi suntikan. Selain itu beliau juga memberi ubat. Rasanya doktor memberi jenis ubat penahan sakit untuk bantu menahan rasa sakit di sendi-sendi kaki saya, selain ubat yang akan membantu menurunkan asid urik.
Ada orang berjualan pelbagai produk dalam bentuk bentuk minuman yang dicampur dengan kopi. Saya tidak boleh tahan sebab saya tidak minat kopi.
Isteri saya juga ada membeli produk tempelan di kaki untuk bantu menurunkan asid urik. Saya nak mencuba sekarang ni sebelum masuk tidur. Tak kiralah usaha mana yang lebih berkesan. Harap-harap esok rasa sakit akan hilang atau sekurang-kurangnya menurun.